Beri duit raya pada malam lailatulqadar - Utusan Malaysia

Beri duit raya pada malam lailatulqadar

MEMBERI duit raya pada setiap 1 Syawal adalah amalan biasa umat Islam di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEJAM celik, kita sudah sampai 10 malam akhir Ramadan yang digambarkan salah satu malam ada kemungkinan adalah malam lailatulqadar.

Untuk kekal fokus, sama-samalah kita menganggap Ramadan ini adalah yang terakhir sebelum dijemput kembali ke negeri akhirat.

Walaupun kita disarankan berdoa agar bertemu lagi Ramadan 1445 Hijrah tetapi tidak salah untuk kita memberi fokus secara maksimum bahawa kali ini mungkin yang terakhir kita bertemu dengannya.

Dalam surah al-Qadr, ayat satu hingga tiga, Allah menyebut lailatulqadar sebagai satu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan iaitu bersamaan lebih kurang 83 tahun.

Ini membawa maksud sesiapa sahaja yang beribadah pada malam tersebut, mereka akan memiliki pahala beribadah yang lebih banyak dari kebiasaan.

Itulah kelebihan yang dimiliki oleh umat Nabi Muhammad SAW. Untuk kekal fokus, beberapa amalan disarankan untuk dilaksanakan termasuk bersedekah pada malam tersebut.

Saya sarankan mereka yang merancang memberi duit raya kepada ibu bapa, keluarga terdekat atau kenalan agar menukar waktu pemberian dengan menetapkan pada malam-malam terakhir Ramadan.

Tidak perlu tunggu 1 Syawal. Pembaca juga boleh infak duit kepada masjid dan surau dalam pembinaan serta pusat tahfiz yang memerlukan bantuan kewangan.

Banyakkan membaca al-Quran termasuk surah Ikhlas yang memiliki kelebihan tersendiri. Santuni orang miskin dan orang daif termasuk jiran tetangga kita. Inilah masa kita memberi makanan kepada mereka yang hanya menikmati juadah berbuka ala kadar.

Bayangkan kelebihan kita memberi makan kepada orang yang berbuka bukan sahaja ganjaran pahala malahan melembutkan hati kita dan menyedarkan masih ramai lagi mereka yang hidup miskin. – UTUSAN

GENG TARAWIH, Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya