Shahrizat lebih berpeluang menang

Shahrizat lebih berpeluang menang

SHAHRIZAT ABDUL JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM satu tulisan bertarikh 28 Februari lalu, penganalisis politik, Shahbudin Husin membuat jangkaan peluang Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk kembali memimpin Wanita UMNO adalah jauh lebih cerah berbanding penyandangnya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Tinjauan ke atas pemimpin-pemimpin Wanita UMNO di peringkat bahagian menunjukkan jangkaan Shahbudin ini bertepatan dengan realiti di mana sebahagian besar daripada mereka amat mengharapkan Shahrizat kembali memimpin Wanita UMNO kerana ia terlalu lemah dan tidak bermaya sejak Noraini mengambil alih jawatan sebagai ketuanya pada 2018.

Mereka berkata, tidak seperti Shahrizat yang terus mengambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita pada 2018, Noraini pula tidak mempunyai keberanian untuk berbuat begitu selepas PRU15.

Bila dibangkitkan soal umur Shahrizat yang agak tua, iaitu 70 tahun berbanding Noraini berusia 55 tahun, pemimpin-pemimpin Wanita UMNO yang ditemui tidak menganggapnya sebagai satu kekurangan.

Mereka berkata, umur Shahrizat adalah biasa sebagai pemimpin malah beliau sebaya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta lebih muda berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusia 75 tahun.

Beliau mempunyai tahap kesihatan yang bagus jika dibandingkan dengan Noraini yang dikatakan mempunyai masalah kesihatan termasuk menjalani pembedahan jantung, tahun lalu.

Dengan usia dan pengalaman beliau menyebabkan terjalinnya hubungan baik dengan ramai pembesar dan tokoh negara yang boleh dilihat melalui pelbagai aktiviti di media sosial termasuk dengan Raja Permaisuri Agong. Malah buku keluarga besar beliau, Grit and Gumption: The Yusuf Brothers of Penang juga dilancarkan oleh Raja Perlis.

Penolakan perwakilan Wanita ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini terhadap usul agar jawatan tertinggi Wanita UMNO dan bahagian-bahagian tidak dipertandingkan membuktikan akar umbi mahukan kepimpinan baharu.-UTUSAN

AKTIVIS WANITA UMNO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya