Putra hanya satu kesinambungan perjuangan - Utusan Malaysia

Putra hanya satu kesinambungan perjuangan

SECARA rasminya, Dr. Mahathir Mohamad menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pada 1 Mac lalu. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 1 Mac lalu, secara rasminya Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sebagai penasihat parti itu. Bersama beliau ialah 12 bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Lebih 1,000 lagi menyertai Putra melalui pendaftaran secara dalam talian dan mengisi borang secara ­ fizikal. Ini bukan satu permulaan semula tetapi adalah satu kesinambungan perjuangan.

Benar ia kelihatan seperti beralih parti tetapi hakikatnya, perjuangan untuk mempertahankan hak, maruah dan kemajuan bangsa Melayu dan agama Islam terpahat di dalam jiwa, bukan bersama parti.

Apabila Pejuang membuat keputusan untuk bersama Perikatan Nasional (PN), ia adalah tindakan yang melanggar prinsip asalnya. Dengan hanya berniat untuk bergabung telah cukup untuk melanggar sumpah dilafaz.

Di sinilah keputusan dibuat untuk kami tidak bersama Pejuang. Saya memberi pujian yang amat tinggi kepada Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali dan kepimpinan parti itu yang saya kira adalah pejuang Melayu sebenar.

Mereka dapat memahami dan menjiwai erti perjuangan dengan sanggup mengetepikan kepentingan peribadi demi perjuangan lebih besar.

Dengan penuh besar hati, kepimpinan Putra menyerahkan kepada kebijaksanaan dan ketajaman ­ fikiran Dr. Mahathir untuk meneruskan perjuangan mengembalikan kekuatan kuasa politik Melayu dan maruah Islam di Tanah Melayu ini.

Dengan kesatuan penyokong-penyokong perjuangan Dr. Mahathir dan kekuatan Putra disertai parti-parti lain, Malaysia akan menyaksikan gerakan penyatuan Melayu yang akan mempertahankan dan menempatkan hak setiap rakyat pada tempat sepatutnya.

Saya dan rakan-rakan amat menghargai peluang yang disediakan untuk membolehkan kesinambungan perjuangan untuk penyatuan orang Melayu diteruskan. – UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM, Ahli Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya