Konsep Malaysia Madani boleh bangun kepimpinan terpuji - Utusan Malaysia

Konsep Malaysia Madani boleh bangun kepimpinan terpuji

PERLU dipupuk budaya kepimpinan dalam kalangan mahasiswa kerana mereka ialah pemimpin masa hadapan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAKYAT sederap melihat konsep Malaysia Madani yang diketengahkan kerajaan perpaduan sebagai satu cita-cita yang amat murni. Tentu usaha bagi merealisasikan hasrat murni ini perlu dilaksanakan secara bersama.

Berteraskan enam rukun Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan; Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Kebangsaan (KKMK) 2023 akan diadakan bermula esok sehingga 12 Mac ini.

Konvensyen ini diadakan kerana menyedari betapa pentingnya golongan muda dalam membangunkan sesuatu tamadun.

Jika kita mengimbau sejarah pada zaman Rasulullah SAW, pahlawan dan pendakwah yang terkehadapan adalah terdiri dalam kalangan anak-anak muda. Itulah, wibawa anak muda. Pastinya, sejarah tidak pernah menipu.

Memupuk budaya kepimpinan melalui kurikulum pengajian sama ada secara langsung atau separa langsung adalah satu kehendak murni yang dilaksanakan oleh pihak universiti.

Tidak cukup dengan itu, ia ditambah dengan aktiviti kokurikulum yang dikira jam kreditnya serta yang tidak mempunyai jam kredit tersedia untuk penglibatan pelajar di universiti.

Perjalanan aktiviti-aktiviti seumpama ini termasuk konvensyen telah dianjurkan sejak wujudnya universiti di Malaysia. Jelas, natijah dari usaha murni ini telah menampakkan hasil yang begitu positif.

Buktinya, jika tidak terlalu berlebih kalau saya katakan hampir seluruh pemimpin negara adalah hasil didikan universiti-universiti di Malaysia.

Justeru, hasrat meneruskan penganjuran konvokesyen terbaharu ini adalah selaras dengan matlamat memupuk budaya kepimpinan dalam kalangan mahasiswa. Gelanggang sebenar tentulah apabila mahasiswa telah mula memimpin masyarakat di luar sana. – UTUSAN

PROF. DR. MOHD. SAZILI SHAHIBI, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN