Jangan gagal berniaga kerana lupa vaksin - Utusan Malaysia

Jangan gagal berniaga kerana lupa vaksin

PERMIT tidak akan diluluskan kepada peniaga bazar Ramadan yang gagal mendapatkan vaksin tifoid. – GAMBAR HIASAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BULAN puasa yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam hampir tiba dan ini bermakna bazar Ramadan juga akan beroperasi tidak lama lagi.

Semua peniaga tentu gembira bila mengetahui bahawa permohonan permit untuk membuka gerai di bazar terbabit telah dibuka. Tetapi perlu dipastikan mereka tidak gagal semata-mata kerana terlupa mengambil vaksin tifoid.

Suntikan vaksin tifoid digalakkan untuk diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum peniaga membuka gerai supaya ia berkesan untuk mencegah jangkitan.

Permit tidak akan diluluskan bagi mereka yang gagal mendapatkan vaksin tifoid. Ia tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bahawa semua pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan vaksin terbabit.

Tifoid atau demam kepialu adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh mengancam nyawa, disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi dan biasanya merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar.

Gejala demam tifoid tidak berlaku serta-merta. Ia biasanya mengambil tempoh satu atau dua minggu selepas seseorang dijangkiti. Demam panas berpanjangan, badan lemah dan lesu, sakit perut, sembelit atau cirit-birit adalah gejala-gejala yang dikaitkan dengan demam tifoid.

Dalam kes-kes yang parah, demam tifoid boleh menyebabkan kebocoran usus dan keradangan hati, pundi hempedu, jantung dan otak sehingga menyebabkan kematian.

Disebabkan inilah demam tifoid tidak boleh diambil mudah dan harus diberi rawatan awal untuk mengelakkan kesan-kesan yang teruk berlaku akibat penyakit ini.

Sebab itu, akan dijalankan pemeriksaan mengejut setiap hari sepanjang tempoh operasi bazar Ramadan dan kegagalan peniaga mendapatkan vaksin tifoid boleh dikompaun sehingga RM5,000. – UTUSAN

RUBA SUNDARAM MUTHUSAMY, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya