Cukuplah tiga parti politik Melayu - Utusan Malaysia

Cukuplah tiga parti politik Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas kenyataan yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berpolitik untuk kepentingan anaknya, Datuk Seri Mukhriz seperti yang pernah disiarkan dalam ruangan ini pada 24 Februari lalu bertajuk Perjuangan Dr. Mahathir bukan untuk anaknya.

Sebelum ini, perwakilan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan menarik diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA), pada mesyuarat agung kedua parti terbabit, 14 Januari lalu. Susulan dari itu, Dr. Mahathir mengistiharkan turut keluar dari Pejuang kerana kononnya tidak bersetuju dengan parti yang ditubuhkanya pada Ogos 2020 sebelum beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi pada Disember tahun lalu.

Pada pengamatan saya yang mana saya berani katakan bahawa apa yang berlaku ini hanyalah lakonan yang telah dirancang dari awal lagi memandangkan mereka kalah di semua kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Pihak GTA juga pernah mengatakan perjuangan parti itu hanya untuk kepentingan orang Melayu. Jadi, apakah makna keluar parti kemudian sertai parti lain, sedangkan dalam Islam menegaskan bahawa apa jua masalah hendaklah pihak yang terlibat duduk semeja bersama-sama membetulkan apa jua perkara yang berbangkit dan sebagainya.

Bagi saya tindakan bekas Perdana Menteri itu rentetan dari rasa tidak berpuas hati selepas Mukhriz tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO pada 2013. Meneliti warna-warni politik semasa, memadailah parti politik Melayu hanya terdiri daripada UMNO, Pas dan juga PKR. – UTUSAN

TEROPONG JAUH, Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya