Belajarlah dari sejarah untuk jadi Melayu hebat

Belajarlah dari sejarah untuk jadi Melayu hebat

PEMIMPIN negara harus mengambil pengajaran daripada kejatuhan Empayar Melayu Melaka ke tangan Portugis yang disebabkan ketamakan pemimpin-pemimpin ketika itu. -SUMBER INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJARAH bangsa Melayu bukanlah sembarangan. Kejatuhan Melaka pada 1511 mencatatkan kerajaan-kerajaan Melayu berjaya bertahan selama 1,500 tahun di seluruh Nusantara. Empayar kerajaan yang dibangunkan oleh bangsa Melayu disegani dunia pada masa itu sebagai penjaga satu laluan kapal perdagangan paling penting, iaitu Selat Melaka.

Pada masa sama, kita harus mengambil pengajaran daripada kejatuhan Empayar Melayu Melaka ke tangan Portugis. Sejarah mencatatkan antara penyumbang kepada kejatuhannya ialah ketamakan pemimpin-pemimpin ketika itu yang menyebabkan amalan rasuah berleluasa, begitu juga pengkhianatan kepada bangsa.

Cuba kita teliti apa yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang. Pemimpin-pemimpin Melayu bergelumang dengan rasuah sehingga ada yang telah dipenjara.

Malah, yang sedang menghadapi perbicaraan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa juga masih ramai. Khianat-mengkhianati antara pemimpin juga berlaku.

George Santayana, seorang ahli falsafah dan penulis menyatakan pada 1905 dan diulangi oleh bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill, “Mereka yang gagal mempelajari dari sejarah pasti akan mengulanginya.”

Dari sejarah, kita mengenali identiti sebenar bangsa Melayu yang terbukti hebat. Maka bangsa Melayu hari ini sepatutnya mempunyai satu inspirasi dan motivasi untuk menjadi lebih hebat.

Namun, sejarah juga mengajar kesilapan yang telah dilakukan oleh bangsa Melayu sehingga menjadi punca jatuhnya empayar kerajaan Melaka. Tidakkah bangsa Melayu hari ini belajar daripada sejarah yang telah berlaku? Jangan sampai kegagalan kita menjadi pelajaran sejarah untuk generasi cicit kita pada masa hadapan.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Ahli Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya