Warga emas kesal dilayan oleh bank macam bola - Utusan Malaysia

Warga emas kesal dilayan oleh bank macam bola

PIHAK bank perlu peka dengan kesusahan warga emas yang begitu memerlukan wang untuk menyara urusan harian. – GAMBAR HIASAN/ ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ADUAN telah dibuat kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Rembau berhubung transaksi pengeluaran wang yang terlebih dipotong oleh bank itu melalui sistem e-pembayaran, iaitu JomPAY untuk bayaran bil Celcom saya.

Saya telah mengisi aduan dalam borang pertikaian pelanggan (BPP) pada 27 Oktober lalu. Bayaran bil Celcom saya hanya berjumlah RM37.70 tetapi telah dipotong sebanyak lima kali pada tarikh sama dengan jumlah sama.

Ini bermakna wang dalam akaun simpanan saya yang telah terlebih bayar adalah sebanyak RM150.80. Pihak Celcom menafikan penerimaan wang dengan jumlah berkenaan meskipun dalam penyata kewangan BSN terdapat transaksi pengeluaran amaun tersebut.

Justeru, saya membuat tindakan susulan bagi mengetahui status aduan saya itu dua minggu selepas pengisian BPP di BSN Cawangan Rembau. Namun, pihak BSN menyatakan isu itu dalam tindakan.

Dua minggu kemudian, saya susulkan lagi pertanyaan itu. Jawapan masih dalam tindakan dan disarankan saya hubungi pihak perhubungan pelanggan BSN (1-300-88-1900).

Setelah tujuh panggilan susulan selepas itu dengan yang terakhir pada 17 Januari lalu, namun jawapannya masih stereotaip seperti sebelumnya.

Saya amat kecewa dengan layanan tidak responsif terhadap pelanggan. Malah, tempoh masa yang diambil begitu lama tanpa memberi maklum balas kepada pelanggan terhadap status kes tersebut.

Saya mohon kes ini diselesaikan segera dan dikembalikan semula wang yang diambil dari simpanan saya. Pihak BSN perlu peka dengan situasi saya.

Saya adalah seorang warga emas dan pesara yang begitu memerlukan wang itu untuk menyara urusan harian. – UTUSAN

ABD. RAHMAN MOHD. HASHIM, Rembau, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya