Tukar segera nama tempat tidak ‘senonoh’ - Utusan Malaysia

Tukar segera nama tempat tidak ‘senonoh’

SUDAH sampai masanya nama Gua Musang ditukar dengan perkataan lain yang lebih indah. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Pada 2007, kerajaan negeri Selangor secara rasminya membuat penamaan semula Batang Berjuntai kepada nama lain yang sangat indah, iaitu Bestari Jaya.

Antara sebab penukaran bagi menjaga nama tempat dan penduduk di situ tidak disalah erti dengan tanggapan tidak senonoh.

Selain itu, ia sebagai salah satu inisiatif bagi mewujudkan persekitaran lebih positif berikutan terbinanya kampus utama Universiti Selangor (Unisel) di situ. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Pusat.

Sebenarnya masih ada banyak lagi nama tempat yang perlu ditukar segera supaya tidak menjadi bahan sinis generasi akan datang. Saya bagi contoh, Semabok di Melaka.

Nama-nama lain yang perlu ditukar segera ialah Kota Biawak Busuk di Muar, Johor; Pantai Batu Burok dan Kampung Imam Lapar (Terengganu), Gunong Besar Hantu (Negeri Sembilan), Gua Musang (Kelantan) dan Batak Rabit (Perak).

Selain itu, Kampung Dada Kering (Pahang), Kampung Penajis (Negeri Sembilan) dan Kampung Seronok (Pulau Pinang).

Mungkin ada pihak yang akan menentang cadangan ini tetapi saya tetap hormati pandangan mereka. Terpulang kepada kehendak masing-masing.

Namun, pada pendapat saya, tukar sahaja. Bila lagi hendak tukar sedangkan sudah lama nama tempat yang pelik, jelik dan buruk digunakan? – UTUSAN

IBNU ARASY DZIKRULLAH, Kepala Batas, Seberang Perai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya