Terima kasih, tiada lagi gelap-gelita - Utusan Malaysia

Terima kasih, tiada lagi gelap-gelita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pihak-pihak terbabit selepas keluhan saya di ruangan ini bertajuk Laluan ke Kampus UiTM Rembau gelap-gelita disiarkan pada 20 Januari lalu.

Saya dimaklumkan oleh anak saya pada minggu lepas bahawa lampu-lampu di sepanjang jalan dari jalan besar ke pintu masuk kampus kini sudah berfungsi menjadikan laluan berkenaan terang-benderang pada waktu malam.

Anak saya sendiri tidak pasti pihak mana yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah tersebut. Apa pun, tindakan segera itu telah menghilangkan kebimbangan kami, para ibu bapa dengan keselamatan anak masing-masing yang menuntut di kampus tersebut.

Saya yakin para pelajar kini tidak lagi bimbang menggunakan laluan itu pada waktu malam untuk berulang-alik sama ada ke kedai makan atau rumah sewa rakan-rakan mereka di luar kampus bagi bersama-sama menelaah pelajaran. – UTUSAN

BAPA RISAU, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya