Tempatkan guru pemulihan di sekolah Orang Asli

Tempatkan guru pemulihan di sekolah Orang Asli

KEMENTERIAN Pendidikan perlu membekalkan guru pemulihan sepenuh masa bagi membolehkan anak-anak Orang Asli menerima pendidikan yang lebih berfokus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KADAR kebolehan membaca adalah sangat rendah dalam kalangan pelajar di sekolah Orang Asli. Satu tindakan proaktif perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan golongan ini tidak tercicir terutama dalam arus kemodenan pendidikan.

Sekolah murid Orang Asli selalunya dalam kategori sekolah kurang murid (SKM). Hal ini menyebabkan sekolah tersebut tidak layak mendapat guru pemulihan sepenuh masa.

Tugas guru pemulihan diserahkan kepada guru-guru mata pelajaran lain yang sudah dilambakkan dengan pelbagai tugas. Hal ini menyebabkan guru tidak fokus untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar di sekolah berkenaan. Malah dalam masa sama, guru juga terpaksa bergelut untuk mengajar mata pelajaran yang merupakan tugas utama mereka.

Guru pemulihan ini antaranya dapat membantu dalam membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pemulihan Khas Sekolah serta merancang dan melaksanakan aktiviti kelas pemulihan khas sepanjang tahun.

Dasar menetapkan SKM tidak layak menerima guru pemulihan kecuali bagi sekolah berasrama kerana Gred A. Dalam keadaan sekarang, apakah sekolah murid Orang Asli tidak boleh dikecualikan daripada dasar tersebut? Berapa buah sekolah murid Orang Asli berstatus SKM? Tidak sampai pun 100 buah di seluruh negara.

Bagaimana mahu menerapkan pelbagai ilmu kepada pelajar sekiranya perkara asasnya iaitu membaca, menulis dan mengira belum dapat diatasi? Apakah kita mahu melihat murid Orang Asli masih lagi terkapai- kapai dalam kegelapan?

Jadi, wujud keperluan mendesak bagi Kementerian Pendidikan membekalkan guru pemulihan sepenuh masa di semua sekolah orang Asli.-UTUSAN

BAH ATAN
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya