Sikap penentu kejayaan Melayu, bukan bantuan kerajaan - Utusan Malaysia

Sikap penentu kejayaan Melayu, bukan bantuan kerajaan

SIKAP orang Melayu yang suka berpecah dari segi politik menjadikan kaum itu lemah. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT pelbagai kritikan dibuat oleh pembangkang terhadap Belanjawan 2023 termasuk dakwaan tiada satu program yang jelas bagi pemerkasaan ekonomi bumiputera/ Melayu sehingga ada pihak tertanya-tanya, apakah peranan UMNO dalam kerajaan perpaduan?

Kita akui dari sudut politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan dan sewajarnya kerajaan mengambil usaha untuk mengimbangi dan memperkasakan semula taraf hidup golongan berkenaan.

Bagaimanapun, kita juga tidak boleh menidakkan perlunya orang Melayu mengubah sikap dan mentaliti ke arah yang lebih progresif dan matang dalam mendepani pelbagai isu.

Sebagai contoh, sikap orang Melayu yang suka berpecah dari segi politik menjadikan kaum itu lemah dan kesepaduan terlalu sukar untuk dicapai.

Apakah kelemahan sebenar orang Melayu sehinggakan kesatuan fikrah gagal untuk dicernakan dengan baik? Jawapannya ialah ketamakan dan kepentingan diri selalu menjadi tarikan nafsu berbanding menjaga kepentingan umum masyarakat Melayu.

Perebutan kuasa dan jawatan menjadi matlamat utama. Ini adalah punca utama mengapa perjuangan orang Melayu gagal membina satu kesatuan dalam berpolitik.

Budaya fitnah, rasuah, menghasut dan menyebarkan kebencian dan lain-lain lagi cara menyebabkan perjuangan orang Melayu dicemari dengan budaya tidak sihat.

Begitu juga dalam aspek ekonomi yang dilihat jauh ketinggalan dan sikap saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain masih menjadi budaya segelintir masyarakat Melayu. – UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya