Perjuangan Dr.Mahathir bukan untuk anaknya

Perjuangan Dr. Mahathir bukan untuk anaknya

PERJUANGAN Dr. Mahathir Mohamad adalah jelas, iaitu demi kemajuan orang Melayu dan negara. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEBELAKANGAN ini, kisah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Gerakan Tanah Air (GTA) menjadi isu hangat dibincangkan di media sosial, sebaik sahaja Tun Dr. Mahathir Mohamad dan 12 lagi ahli majlis eksekutif pusatnya mengumumkan penarikan diri secara berkelompok.

Ini bagi membawa Pejuang ke satu hala tuju baharu yang mana ia tidak selari dengan perjuangan asal semasa ditubuhkan dan penolakan Pejuang untuk terus bersama GTA.

Ini memberi gambaran yang jelas bahawa betapa konsistennya perjuangan yang dibawa oleh Dr. Mahathir. Dari dulu hingga kini, perjuangan beliau ialah untuk kemajuan dan penyatuan orang Melayu yang wibawa dan bersih, bukan bersama mereka yang korup.

Perjuangan Dr. Mahathir adalah jelas, bukan untuk anak ataupun keluarga, sebaliknya fokus beliau amat konsisten iaitu demi kemajuan orang Melayu dan negara.

Sedangkan pihak lain yang sebenarnya mengamalkan nepotisme tanpa segan silu kepada rakyat.

Dengan situasi politik sekarang, Dr. Mahathir melihat perlunya satu usaha untuk menyatukan orang Melayu, di mana inilah idea asal GTA ditubuhkan dengan penglibatan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan sebelum ini Pejuang juga. Bahkan ia juga disertai Gagasan Bangsa yang menghimpunkan badan-badan bukan parti politik yang bernaung di bawah GTA selain penyertaan individu-individu berpengaruh.

Harapan kami adalah untuk orang Melayu memahami agenda perjuangan yang dibawa oleh GTA demi memastikan Persekutuan Tanah Melayu ini kekal milik dan diperintah oleh orang Melayu.

Kami, 12 orang bekas ahli majlis eksekutif Pejuang melepaskan jawatan dan seterusnya keluar dari parti kerana yakin perjuangan di bawah GTA mampu membawa agenda perjuangan Melayu yang lebih penting dan lebih besar.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya