Pelaburan hartanah pilihan yang baik - Utusan Malaysia

Pelaburan hartanah pilihan yang baik

BAKAL pembeli perlu membina rekod CCRIS yang baik sebelum memohon pinjaman bank untuk membeli kediaman sendiri. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM meniti arus kemodenan ini, pelaburan bukan sesuatu yang asing lagi. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda melabur termasuklah risiko yang bakal ditanggung.

Ramai terlepas pandang tentang pelaburan hartanah yang memerlukan penyelidikan meluas. Melabur dalam hartanah bukan sesuatu yang anda dapat lakukan dengan mudah dan menjangkakan keuntungan yang cepat.

Hartanah adalah aset yang mengambil masa lama untuk dijual dan tidak boleh ditukarkan kepada tunai dengan segera. Ini menunjukkan bahawa hasil daripada pelaburan hartanah tidak boleh digunakan sebagai wang kecemasan.

Membeli hartanah seperti rumah juga memerlukan kerja dan kos terutamanya dalam mencari rumah, penyewa dan mengupah ejen hartanah.

Menjadi pemilik hartanah juga memerlukan anda untuk berurusan dengan penyewa yang pelbagai kerenah serta mengupah kontraktor untuk mengendalikan pembaikan dan pengubahsuaian yang boleh menjejaskan keadaan kewangan anda.

Dalam pada itu, mengambil kira jumlah wang yang ingin dilaburkan sangat penting supaya anda tidak kehilangan banyak wang dalam pelaburan hartanah.

Pelaburan dalam hartanah secara sejarah akan memperoleh purata tiga hingga empat peratus keuntungan setahun. Namun, Jika anda sedang mencari pelaburan jangka panjang dengan tempoh pegangan 30 tahun dan ke atas, pelaburan hartanah adalah pilihan yang baik berbanding dengan pasaran saham kerana pulangannya lebih tinggi.

Meskipun tiada jaminan, tetapi hartanah lebih cenderung untuk nilainya meningkat dari semasa ke semasa. Jika untuk pegangan kurang dari 20 tahun, pulangan pelaburan hartanah tidak berbeza jauh dengan pelaburan saham.

Pelaburan saham pula sesuai untuk anda yang inginkan pelaburan jangka pendek dan jangka panjang yang kurang 20 tahun jika menginginkan pulangan tinggi. – UTUSAN

RABIATUL AINA MOHD. FADZIL & PROFESOR MADYA DR. NURADLI RIDZWAN SHAH MOHD. DALI, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya