Pelabur asing masih berminat pasaran bon negara

Pelabur asing masih berminat pasaran bon negara

PENYERTAAN pelabur asing mendatangkan pelbagai manfaat yang besar seperti meningkatkan kepelbagaian pelabur serta jumlah pelabur yang semakin tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MALAYSIA merupakan antara negara yang merekodkan penyertaan pelabur asing tertinggi di rantau ini, iaitu kedua selepas Indonesia. Dengan kata lain, sebahagian besar komposisi pasaran bon negara dipegang oleh pelabur asing dan menjadikannya sebagai salah satu pasaran terbesar dan cair di rantau ini.

Pasaran bon yang mendalam, cair dan mesra pelabur menjadikan Malaysia sebuah negara yang diminati pelabur asing. Ini kerana Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh. Malaysia merupakan negara mencatat pertumbuhan ekonomi yang tinggi secara konsisten di rantau ini.

Dari 2011 hingga suku pertama 2017, kadar pertumbuhan purata Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah sebanyak 5.2 peratus. Ini menunjukkan Malaysia mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang baik dan stabil.

Tambahan pula, dasar monetari dan fiskal serta dasar ekonomi yang stabil secara amnya menyumbang kepada asas-asas teguh.

Malaysia mempunyai infrastruktur pasaran yang maju termasuk adanya peniaga utama yang bertanggungjawab menyediakan harga secara dua hala, iaitu tawaran dan bidaan.

Bank juga menggunakan harga dua hala apabila mengira kadar pertukaran semasa untuk menjalankan pemindahan wang dana antara pelbagai negara.

Malaysia juga tidak melaksanakan sekatan bagi pelaburan asing sehingga persekitaran pelaburan lebih liberal. Tambahan pula, faktor hubungan diplomatik, bekalan tenaga kerja profesional yang banyak turut menjadi faktor peningkatan pelaburan asing di negara kita.

Penyertaan pelabur asing mendatangkan pelbagai manfaat yang besar seperti meningkatkan kepelbagaian serta jumlah pelaburan yang semakin tinggi. Tambahan pula, kos pinjaman untuk sektor korporat dan kerajaan yang memperoleh dana daripada pasaran bon berkurang kerana pertambahan mudah tunai dan peningkatan permintaan.

Bukan itu sahaja, pelaburan asing boleh membantu menambah baik infrastruktur negara dan membangunkan kawasan yang kurang membangun dengan membina kilang, gudang dan infrastruktur lain diperlukan.

Pelaburan asing menggalakkan pembangunan zon perindustrian baharu di kawasan luar bandar. Dalam pada itu, pelaburan asing akan meningkatkan pendapatan negara. Oleh kerana banyak barangan import telah digantikan dengan barangan tempatan, aliran wang keluar akan berkurangan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport dengan harga rendah ke negara maju. Tambahan pula, banyak peluang pekerjaan baharu boleh diwujudkan. -UTUSAN

NUR NAZUHA MAZLAN & PROFESOR MADYA DR. NURADLI RIDZWAN SHAH MOHD. DALI

Fakulti Ekonomi & Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya