Pandu sendiri di bandar raya lebih mudah, pantas

Pandu sendiri di bandar raya lebih mudah, pantas

KERAJAAN mampu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas sekiranya kemudahan pengangkutan awam ditambah baik untuk semua golongan masyarakat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGANGKUTAN awam menjadikan kehidupan lebih mudah kerana dapat menghubungkan kita dari satu lokasi ke lokasi lain. Terdapat pelbagai pengangkutan awam yang ada di negara ini.

Walaupun kerajaan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, masih terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan orang ramai lebih memilih untuk menaiki kenderaan sendiri terutamanya akses kepada pengangkutan awam amat terhad serta hanya tertumpu di bandar raya seperti Kuala Lumpur.

Seperti diuar-uarkan, pengangkutan awam dianggap sebagai penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas sedangkan masalah tersebut masih berlarutan sehingga hari ini walaupun terdapat pelbagai kemudahan awam di sesuatu kawasan.

Bahkan masalah jadual perjalanan yang tidak menentu, akses laluan yang sukar, laluan bas tidak meliputi semua kawasan dan tambang teksi mahal menyebabkan ramai masih memilih memandu sendiri.

Jadi, antara langkah penambahbaikan yang wajar dilakukan oleh kerajaan dalam usaha menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan terbaik ialah dengan menaik taraf kemudahan tersebut supaya lebih selesa dan mesra pengguna.

Kemudahan itu mestilah dapat digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, frekuensi perjalanan dan jumlah laluan wajar ditambah agar lebih relevan dengan kehendak pengguna terutama golongan B40 yang amat bergantung kepada pengangkutan awam untuk ke sesuatu tempat.

Dalam pada itu, kerajaan juga boleh mempromosikan kebaikan pengangkutan awam dengan pemberian tiket percuma pada kadar jarak perjalanan tertentu.

Dalam masa sama, tahap keselamatan di stesen pengangkutan awam perlu turut diberi perhatian memandangkan ia merupakan lokasi berisiko berlaku kes kecurian, kemalangan dan sebagainya.

Sehubungan itu, tahap kesedaran ramai tentang kebaikan pengangkutan awam akan meningkat sekali gus dapat membangunkan ekonomi negara selain menarik pelancong atau pelabur luar ke negara ini kerana menjadi bandar yang sesuai untuk didiami oleh penduduk tempatan dan pelancong luar negara.-UTUSAN

NUR AINA SYAFIQAH MOHD. ZUKI
Komunikasi Media Baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya