SAUDARA PENGARANG, BARU-BARU ini, sebuah perikatan politik mengumumkan barisan Kabinet bayangan khusus bagi menyelaraskan tindakan mereka di Dewan Rakyat. Hal ini sewajarnya disambut baik sebagai tanda kematangan berpolitik di negara kita. Tambahan pula, di atas kertas, hal ini sangat baik demi mewujudkan mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan Perpaduan yang sedang memerintah sekarang. Namun, dikhuatiri bahawa hal ini sebenarnya adalah permulaan kepada lebih banyak ketidakstabilan politik di Malaysia. Ia mungkin hanya sebuah episod baharu wayang politik yang tidak berkesudahan, lebih-lebih lagi ia melibatkan pihak sama yang membangkitkan gejolak politik di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya