Tuisyen cara PdPR lebih efisien, efektif

Tuisyen cara PdPR lebih efisien, efektif

CARA pusat tuisyen beroperasi perlu berubah selari keperluan semasa agar lebih relevan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

GENAP dua tahun lalu, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan secara dalam talian susulan pandemik Covid-19. Namun, masih ramai yang skeptikal terhadap kaedah itu ekoran dianggap melunturkan emosi pelajar. Prihatin akan masalah itu, beberapa pusat tuisyen dalam talian menyahut seruan kerajaan melaksanakan PdPR secara komprehensif.

Dibangunkan ketika negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik, bayangkanlah dalam masa dua tahun sahaja, mereka sudah membantu ramai pelajar di seluruh negara. Selain itu, studio- studio direka khas bagi memberi satu impak visual dan audio yang terbaik untuk pembangunan pelajar.

Malahan, pusat tuisyen dengan konsep ini amat menitikberatkan kebajikan pelajar dari segi fizikal dan mental. Era pendidikan dalam norma baharu ini juga membuka mata pusat tuisyen untuk terus membentuk kualiti pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang pelajaran mahupun pekerjaan. Ini kerana beberapa pusat tuisyen berjaya mencipta formula yang mudah dan padat bagi sesuatu topik.

Perubahan ini menjadi titik tolak bahawa kaedah pembelajaran konvensional perlu diubah lantaran pembelajaran dalam talian dilihat lebih efisien kerana bukan sahaja pusat tuisyen ini membekalkan ilmu malah turut menyediakan platform bagi pelajar yang dahagakan motivasi.

Malah, tenaga pengajar turut menerapkan dalam diri pelajar untuk sentiasa berani ke hadapan dan mencabar diri menjadi manusia yang tidak kenal erti putus asa. Ini kerana ilmu yang diperoleh bukan sahaja untuk diri sendiri malahan boleh memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.

Atas beberapa kelebihan inilah wujudnya beberapa saranan kerajaan untuk menggalakkan PdPR walaupun Malaysia sudah berada di fasa yang selamat. Ini kerana konsep PdPR lebih fleksibel dari segi masa dan tempat. Pelajar dapat memilih tempat yang selesa untuk mereka mengulangkaji pelajaran.

Bahkan dapat menjimatkan kos sara hidup selain penyediaan bahan pembelajaran yang lebih efektif.

Pusat tuisyen ini juga bukan sahaja mengajar pelajar untuk menjadi cemerlang tetapi menjadikan mereka manusia yang berguna buat masyarakat. Malah, jurang antara guru dan pelajar dapat dihapuskan menjadikan mereka sebagai sebuah keluarga.-UTUSAN

NUR ‘AINA SYAZWINA
Komunikasi Media Baharu
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya