Sukarnya dunia ambil iktibar daripada peperangan

Sukarnya dunia ambil iktibar daripada peperangan

IRONINYA, walaupun mengetahui kesan buruk, peperangan tetap berlaku disebabkan sikap batu api dan keras kepala sesetengah golongan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ENTAH mengapa manusia seakan begitu sulit untuk mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa silam. Kita mempunyai lembaran sejarah yang boleh dianalisis, dipelajari dan difahami agar dapat mencegah hal sama berulang pada masa depan terutama yang membawa ke arah impak negatif seperti perang. Namun begitu, adakah masih ada perang di era moden ini dan ke mana sebenarnya ia membawa kita?

Pertama, kesan perang paling signifikan ialah kehilangan nyawa dan sumber manusia. Ini akan membawa dampak buruk pada struktur sesebuah negara. Pembangunan negara dibina atas usaha dan kesatuan masyarakat sejagat untuk menjaga tanah yang menjadi rumah mereka demi menjalani kehidupan yang bebas daripada sebarang ancaman keselamatan. Malangnya jika perang berlaku, semua hasrat tadi seakan hancur lebur kerana bukan tentera sahaja yang akan terkorban, malah nyawa-nyawa lemah dan tidak berdosa seperti bayi, kanak-kanak, wanita dan warga emas juga menjadi mangsa.

Peperangan mendedahkan pelbagai jenis penyakit. Ia menjadi lebih buruk kerana hospital dan klinik tidak berfungsi ketika itu. Natijahnya, populasi manusia di negara tersebut akan semakin berkurangan.

Kesan peperangan seterusnya ialah pencemaran alam sekitar lebih buruk. Dalam situasi ini, kelestarian alam terganggu disebabkan penggunaan kereta kebal dan jentera yang merosakkan hutan, memusnahkan flora dan fauna serta habitatnya. Bukan itu sahaja, bahan radioaktif daripada bom juga memberi kesan buruk pada persekitaran. Flora akan mati kerana tanah telah tercemar oleh radiasi sehingga semakin kehilangan nutriennya.

Demikian juga fauna yang kehilangan rumah mereka. Ini akan memberi kesan jangka masa panjang pada makhluk hidup dan mengganggu keseimbangan alam.

Kemusnahan harta benda awam seperti infrastruktur merupakan konsekuensi yang akan dihadapi pasca berlakunya perang. Dan kesan terakhir ialah peperangan akan menyebabkan keruntuhan organisasi sosial seperti institusi pendidikan, institusi kesihatan, struktur organisasi negara dan ekonomi.

Kemudahan infrastruktur yang musnah pasti akan menyukarkan fungsi beberapa organisasi penting terutama kerajaan, kesihatan dan pendidikan. Barisan organisasi ini sangat diperlukan untuk menghadirkan masyarakat berintelektual tinggi, sihat dan hidup di bawah pimpinan yang tersusun serta teratur.

Di zaman milenium ini, perang acap kali berlaku kerana dibutakan oleh pangkat, harta dan rasa angkuh.-UTUSAN

PROFESOR DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOR & AYUNI AMIRAH AJIN
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya