Sakit mata lihat papan tanda berlumut - Utusan Malaysia

Sakit mata lihat papan tanda berlumut

PAPAN tanda penunjuk arah di Jalan 14/2, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor yang sudah berlumut. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PIHAK berkuasa tempatan (PBT) mempunyai tanggungjawab untuk mengurus dan menjaga aset-aset kepunyaan mereka agar berada dalam keadaan baik, tidak cacat atau menyakitkan mata memandang.

Salah satu aset yang biasanya tidak diambil berat oleh PBT ialah papan tanda penunjuk arah. Di bandar raya Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempunyai banyak aset seperti itu.

Berdasarkan pengamatan saya selama enam tahun sejak 2017, banyak juga papan tanda penunjuk arah ini yang tidak diselenggara dengan baik.

Justeru, saya kerap juga menulis e-mel secara terus kepada Datuk Bandar Shah Alam supaya aset-aset tersebut dibersihkan. Ini termasuk papan tanda penunjuk arah yang terletak di Jalan 14/2, Seksyen 14. Sepatutnya, papan tanda ini dibersihkan kerana dalam keadaan sekarang, ia cukup tidak sedap mata memandang.

Saya telah beberapa kali memberitahu MBSA tentang perkara ini. E-mel terbaharu telah pun dihantar kepada Timbalan Datuk Bandar Shah Alam pada 25 November lalu.

Pihak MBSA telah membalas aduan saya dengan memberikan nombor rujukan 1964/11/2022 pada 29 November lalu. Namun, pihak PBT itu masih belum mengambil apa-apa tindakan positif.

Untuk rekod, PBT terbabit telah menubuhkan Pasukan Petugas Aduan MBSA pada 9 Februari lalu bagi tujuan memantau aset-aset yang cacat di seluruh kawasan di bawah pentadbirannya.

Sejujurnya, saya telah membuat tinjauan ke kawasan itu pada 8 Januari lalu. Namun, keadaannya masih tidak berubah.

Adalah diharapkan dengan tersiarnya aduan saya di ruangan ini, pihak MBSA akan membersihkan papan tanda penunjuk arah yang berlumut dan kotor terbabit dengan kadar segera. – UTUSAN

HJ. KAMARUDDIN HASSAN, Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya