Laluan ke Kampus UiTM Rembau gelap-gelita

Laluan ke Kampus UiTM Rembau gelap-gelita

TERDAPAT tiang-tiang lampu di sepanjang laluan dari jalan besar ke pintu utama Kampus UiTM Rembau tetapi malangnya tidak berfungsi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA menghantar anak saya pulang ke Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Rembau di Negeri Sembilan pada 28 November dan 1 Januari lalu, kira-kira pukul 8 malam.

Apa yang mendapat perhatian saya adalah tiang-tiang lampu di sepanjang laluan dari jalan utama ke pintu masuk kampus sejauh kira-kira 300 meter tidak berfungsi. Hutan kecil di kiri kanan laluan menjadikan keadaan gelap-gelita.

Pada kedua-dua hari berkenaan, kelihatan beberapa pelajar berjalan dalam gelap berpandukan lampu suluh dari telefon bimbit.

Mungkin mereka baru pulang selepas makan malam di gerai berhampiran atau mentelaah pelajaran di rumah sewa pelajar-pelajar yang tidak menerima kemudahan asrama.

Saya bimbang kerana keadaan ini mendedahkan mereka pada perkara-perkara tidak diingini seperti jenayah.

Sehubungan itu, saya amat berharap pihak berkuasa tempatan atau wakil rakyat di kawawn tersebut dapat mengambil tindakan segera demi keselamatan anak-anak ini.-UTUSAN

BAPA RISAU
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya