Kenapa perlu guna wang kertas di era tanpa tunai? - Utusan Malaysia

Kenapa perlu guna wang kertas di era tanpa tunai?

SELURUH rakyat dan kerajaan harus beralih menggunakan kaedah tanpa tunai sepenuhnya sehingga kita tidak perlu lagi mencetak wang kertas.– GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK kepada surat pembaca bertajuk Jangan ada lagi idea cetak lebih banyak wang di ruangan ini pada 12 Januari lalu, saya amat bersetuju dengan pendapat disuarakan oleh Azah Atikah Anwar Batcha dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Era tanpa tunai sudah bermula. Terdapat bermacam-macam aplikasi wujud sejak 2018 dengan fungsi utamanya untuk menjana duit yang dibayar tanpa tunai menerusi perkongsian maklumat atau berita menerusi media sosial.

Sebagai rakyat yang sudah muak dengan pemasaran berbilang tingkat (MLM) dan skim cepat kaya, diharapkan Malaysia segera membangunkan kaedah menjana duit pasif tanpa modal dalam bentuk laman sesawang dan tidak memerlukan rangkaian tingkat atas dan tingkat bawah seperti MLM.

Kaedah terbaharu ini akan memberi banyak pilihan apabila segala urusan boleh dilakukan tanpa melibatkan wang kertas fizikal. Kita boleh pilih apabila adanya baki di dalamnya sama ada banyak ataupun sedikit.

Antaranya dilabur untuk kelajuan menjana duit pasif, pengeluaran ke akaun bank, pemindahan ke e-dompet, isi kredit telefon bimbit dan bayar bil.

Kita juga boleh menggunakan aplikasi terbabit untuk membayar zakat, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan saman trafik yang semuanya tanpa menggunakan tunai.

Semoga kewujudan kaedah baharu ini, kita bukan sahaja dapat menamatkan riwayat MLM dan syarikat ceti haram, malah boleh menghapuskan semua jenis bantuan dalam bentuk tunai oleh kerajaan serta menyelesaikan isu jenayah rompak dan pecah rumah.

Seluruh rakyat dan kerajaan harus beralih menggunakan kaedah tanpa tunai sepenuhnya sehingga kita tidak perlu lagi mencetak wang kertas. – UTUSAN

ANTI MLM DAN SKIM CEPAT KAYA, Seluruh Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya