Jangan bina parit sekadar syarat - Utusan Malaysia

Jangan bina parit sekadar syarat

KERAJAAN negeri perlu memindahkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai ke penempatan baharu yang bebas banjir. – GAMBAR HIASAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BANJIR yang melanda beberapa negeri termasuk Kelantan dan Terengganu pada bulan lalu menimbulkan kesengsaraan kerana keadaan penempatan penduduk yang tinggal berhampiran tebing sungai.

Apabila hujan lebat, air yang melimpah dan deras boleh menghanyutkan apa sahaja termasuk binatang ternakan dan rumah.

Kerajaan negeri perlu bertindak segera memindahkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai itu ke tempat sesuai atau membina penempatan baharu.

Kawasan yang sering dilanda banjir seperti Kampung La, Besut, Terengganu yang terletak di pinggir Sungai Besut perlu diberi keutamaan.

Selain itu, langkah-langkah pengawalan banjir seperti membina ban dan menyediakan sistem amaran awal (EWS) hendaklah dibuat dan dipastikan boleh berfungsi dengan baik.

Ini kerana ada sesetengah penduduk mendakwa selepas ban dibina barulah mereka mengalami banjir, seolah-olah bukan untuk menghalang air tetapi membentuk air banjir. Terdapat pula dakwaan EWS di Kampung La gagal berfungsi.

Saya juga bersetuju dengan pendapat beberapa pakar bahawa sistem perparitan dan saliran sedia ada tidak mengikut spesi­fikasi sepatutnya bagi pembangunan di sesuatu kawasan perumahan.

Ini disebabkan sistem perparitan tidak membentuk satu rangkaian berhubung secara sempurna antara satu sama lain yang boleh membawa aliran air keluar ke sungai utama dan seterusnya ke laut.

Kalau dilihat parit atau longkang di kawasan perumahan, kebanyakannya tidak mengikut spesi­fikasi betul seperti bersaiz kecil dan cetek, tidak diselenggara sehingga dipenuhi rumput dan tanah serta ditutupi sampah sehingga menyekat aliran air yang akhirnya menyebabkan berlaku banjir kilat.

Sistem perparitan pula hanya dibina untuk melengkapkan syarat bagi mendapat sijil layak menduduki (CF) dan tidak direka bagi membawa air ke sungai utama. – UTUSAN

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya