Jangan ada lagi idea cetak lebih banyak wang - Utusan Malaysia

Jangan ada lagi idea cetak lebih banyak wang

TERLALU banyak wang dicetak akan mengurangkan nilainya dan boleh menyebabkan inflasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DENGAN adanya pentadbiran kerajaan baharu, diharapkan tiada lagi ada pihak yang mencadangkan supaya Bank Negara Malaysia (BNM) mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada rakyat.

Penggunaan wang kertas ini berasal dari China sejak wujudnya Dinasti Tang yang memerintah antara 618 hingga 907 Masihi.

Dinasti Tang menggunakan mata wang untuk jangka masa yang lama sebelum penggunaannya merebak ke negara-negara lain.

Pada 1700-an, wang kertas mula berkembang di Eropah. Pada masa itu, bank rasmi kerajaan Perancis mula mengeluarkan kertas yang bertindak sebagai wang.

Di Amerika Syarikat, wang kertas dianggap sebagai wang fiat yang tidak disandarkan pada komoditi. Ini bermakna ia tidak mempunyai nilai sebenar kecuali sebagai medium pertukaran.

Wang kertas bernilai hanya disebabkan keyakinan orang ramai kerana kebanyakannya tidak disokong oleh rizab logam.

Sekiranya keyakinan orang ramai pudar sama ada kerana hutang negara tinggi atau kemelut politik, huru-hara boleh berlaku dan wang kertas boleh menjadi tidak berguna.

Terlalu banyak wang dicetak akan mengurangkan nilainya dan boleh menyebabkan inflasi (kenaikan paras harga).

Terlalu sedikit wang pula akan menaikkan nilainya tetapi mengakibatkan deflasi yang merujuk kepada situasi harga barang dan perkhidmatan jatuh akibat kurangnya pergerakan wang tetapi kuasa jual beli juga berkurangan.

Mencetak terlalu banyak wang kertas lebih daripada diperlukan walaupun untuk mengekalkan pertumbuhan sederhana boleh membawa kepada kadar inflasi yang tinggi.

Sekiranya inflasi tidak terkawal, ia boleh membawa kepada hiperinflasi (lonjakan harga secara cepat dan tiba-tiba). – UTUSAN

AZAH ATIKAH ANWAR BATCHA, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya