Harga barang naik, inflasi beri kesan golongan B40

Harga barang naik, inflasi beri kesan golongan B40

KERAJAAN perlu membuka pusat jagaan kanak-kanak dengan bantuan subsidi yuran penjagaan bagi membantu lebih ramai wanita kembali bekerja sekali gus mampu menyumbang kepada ekonomi negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KITA perlu menghadapi tahun baharu 2023 dengan lebih mencabar terutama peningkatan harga barangan yang dijangka naik sehingga 10 peratus berdasarkan unjuran kadar inflasi yang diramalkan meningkat enam hingga tujuh peratus.

Menteri Ekonomi, Mohd. Rafizi Ramli berjanji untuk membangunkan ekosistem berasaskan data-data harga dari seluruh negara bagi menyuntik keanjalan harga dan bekalan sebagai salah satu usaha mengawal inflsi pada masa akan datang.

Beliau memberitahu, ekosistem yang akan dilancarkan itu digerakkan sendiri oleh pengguna untuk membantu menambah keanjalan dari sudut permintaan.

Justeru, beliau menggalakkan pengguna agar bijak memainkan peranan untuk menjadikan penawaran dan permintaan barangan lebih anjal termasuk tidak membeli produk yang dijual lebih mahal berbanding sebelumnya supaya harga sesuatu barangan tidak meningkat terlalu tinggi.

Pastinya senario kenaikan harga barangan dan inflasi yang meningkat akan memberi kesan besar kepada pengguna terutama B40 yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Dalam konteks ini, kebimbangan utama ialah apabila harga barangan meningkat, pastinya kuasa pengguna untuk membeli berkurangan dan menyebabkan kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi menangani masalah ini, pastinya tindakan untuk meningkatkan pendapatan kategori B40 khususnya perlu disegerakan agar mereka dapat berbelanja seterusnya membantu merancakkan semula ekonomi negara melalui skim tambahan pendapatan kumpulan ini.

Moga 2023 bukan sahaja dapat memastikan barangan yang diperlukan oleh pengguna, namun tindakan menstabilkan harganya di pasaran juga perlu dilakukan agar dapat meningkatkan pendapatan pengguna dan membolehkan mereka mempunyai kuasa membeli nanti.-UTUSAN

MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya