Dedak tempatan boleh bantu turun harga ayam

Dedak tempatan boleh bantu turun harga ayam

INSTITUT Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan penyelidikan menggunakan pelbagai sumber tanaman dan bahan sampingan pertanian bagi mengurangkan kebergantungan ke atas bahan dedak import seperti jagung dan mil kacang soya. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

FORMULA Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bahawa kalau ayam mahal, kurangkan makan ayam adalah hipotesis mudah dalam ekonomi. Maksudnya, kenaikan harga akan mendorong kepada pengurangan permintaan. Ini bermakna, tinggi permintaan, maka tinggilah harga dan jika kurang permintaan maka harga akan lebih murah.

Formula yang sama pernah disarankan oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek; bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar sebelum ini adalah benar namun ketika itu mereka dihentam oleh pembangkang terutama Rafizi sendiri.

Namun apabila beliau dalam Kabinet, formula yang dahulunya dikecam teruk digunapakai sekali gus ‘disucikan’.

Sebenarnya formula ini tidak salah dari segi ekonomi, namun rakyat sangat tidak menyukainya kerana mereka mahu kerajaan mencari penyelesaian tuntas, bukannya meletakkan semula kepada rakyat dengan menyuruh itu dan ini demi menurunkan harga.

Menyekat pembelian sesuatu barang keperluan adalah langkah masa pendek. Sampai bila rakyat perlu menahan diri dari membeli ayam sedangkan jika dilihat punca utama kenaikan harga ayam adalah orang tengah dan penternak terpaksa menanggung kos peningkatan operasi apabila dedak ayam iaitu jagung yang diimport dari luar negara tidak berkualiti hingga menjadikan pembesaran ayam lambat.

Oleh itu, mengapa tidak kerajaan merancang untuk mengkaji dan menghasilkan dedak ayam tempatan untuk skala besar. Ini dapat membantu mengurangkan harga pasaran ayam sekali gus membuka ruang perniagaan untuk kita mengeksport pula ke negara luar. Namun, pastikan keperluan dalam negara dipenuhi terlebih dahulu.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menawarkan formula baharu untuk pemain industri bagi menyelesaikan masalah berkaitan tumbesaran dan kesihatan ayam sehingga menyebabkan bekalan bahan makanan itu terjejas.

Tetapi difahamkan syarikat-syarikat pembuatan dedak ayam atau makanan ternakan sudah mempunyai formula tersendiri menyebabkan mereka sukar untuk beradaptasi atau ‘tidak berminat’ dengan teknologi ditawarkan MARDI.

Jadi mungkin kerajaan boleh memainkan peranan dengan berani untuk menggalakkan industri berubah, namun perlu dipastikan bahawa protein dan tenaga yang ada dalam dedak ayam setanding atau hampir sama dengan yang diimport sebelum ini.-UTUSAN

MAWAR BERDURI
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya