YB, bantulah selesai masalah banjir lumpur di Baling

YB, bantulah selesai masalah banjir lumpur di Baling

KEADAAN banjir lumpur Kampung Titi Teduri, Baling, Kedah yang sempat dirakam penulis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA terpanggil untuk meluahkan kekecewaan yang sekian lama dialami tiap kali tiba musim hujan lebat. Kami tinggal di Kampung Titi Teduri, bersebelahan masjid di mukim Pulai, daerah Baling, Kedah.

Rumah penduduk dan beberapa kampung sekitarnya sering kali ditenggelami banjir lumpur. Amat mengecewakan kerana kami perlu berdepan situasi ini sejak berpuluh tahun lalu, namun sehingga hari ini masih tiada jalan peneyelesaian.

Kini, kami hanya berharap kepada Ahli Parlimen Baling yang baharu, Hassan Saad agar dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan lebih berkesan. Beliau yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) berjaya menewaskan penyandang, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Masalah utama ialah kawasan di sini tiada longkang besar yang boleh menyalurkan air dari bukit berhampiran menyebabkan air berlumpur memasuki kawasan rumah.

Sepertimana diketahui, peruntukan projek tebatan banjir telah pun diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan terdahulu seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Harapan kami, kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dapat menyegerakan projek tebatan banjir tersebut. Kami berharap wakil rakyat yang telah dipilih dapat menjalankan dan memikul tugas sebaik mungkin.

Hassan perlu turun padang melihat rumah kami yang ditenggelami banjir lumpur. Kami juga sukar menerima bantuan banjir. Kami terpaksa membersihkan rumah sendirian tanpa bantuan sukarelawan, malah tidak larat untuk mencuci dua hingga tiga kali seminggu apabila dilanda banjir.

Bayangkanlah bagaimana warga emas yang tinggal bersendirian mengemas rumah mereka? Ahli jawatankuasa kampung juga sepatutnya memainkan peranan bertindak bagi mengatasi bencana alam ini.

Justeru, kami mengharapkan tindakan yang lebih progresif daripada pihak berwajib termasuklah kerajaan negeri.

Kami tidak mahu ahli Parlimen yang dipilih hanya kelihatan sewaktu pilihan raya. Kami juga mahu beliau memadamkan persepsi masyarakat setempat yang beranggapan kebanyakan wakil rakyat hanya tunjuk muka ketika pilihan raya semata-mata untuk meraih undi.-UTUSAN

MANGSA BANJIR
Baling, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya