Waktu kerja anjal popular dalam kalangan pekerja wanita

Waktu kerja anjal popular dalam kalangan pekerja wanita

KESIBUKAN mengurus tanggungjawab sebagai ibu, isteri, anak dan pekerja seringkali menjadi punca hilang semangat serta keletihan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WAKTU kerja anjal merupakan satu bentuk kerja fleksibel yang paling popular dalam kalangan pekerja wanita. Ia dilaksanakan oleh sektor awam dan juga swasta. Selain daripada itu, bekerja dari rumah, berkongsi kerja dan pemampatan kerja mingguan juga merupakan antara bentuk kerja fleksibel yang boleh diperkenalkan dan dilaksanakan oleh majikan.

Dengan pengenalan dan pelaksanaan waktu kerja anjal, pekerja wanita tidak merasa tertekan dan merasa seronok untuk bekerja. Mereka juga akan bermotivasi dan bekerja dengan lebih tekun serta gigih.

Syarikat antarabangsa seperti Shell terutamanya jabatan perniagaan global dan pasukan global sangat peka dengan waktu kerja anjal kerana mereka memerlukan pekerja yang dapat berurusan dengan ibu pejabat di Amerika Syarikat ataupun Eropah yang berlainan zon masa.

Waktu kerja anjal ini didokong oleh Akta Kerja (Pindaan) 2022 yang mengurangkan waktu kerja wanita daripada 48 jam kepada 45 jam. Dengan pengurangan ini, pekerja wanita akan menjadi lebih produktif dan kualiti kerja akan meningkat. Mereka juga akan kurang mengambil kerja lebih masa, cuti sakit dan dapat memberi tumpuan kepada pekerjaan dengan lebih baik. Pendek kata, ketidakhadiran akan berkurangan.

Tidak hairanlah mengapa keseimbangan kerja dan kehidupan merupakan pilihan wanita bekerjaya. Menerusi waktu kerja anjal, pekerja wanita dapat bebas daripada tekanan dan dapat menikmati kehidupan dengan lebih baik.

Pekerja wanita merupakan modal insan dan aset kepada organisasi. Ini kerana tanpa mereka, organisasi tiada percambahan minda dan keputusan yang terbaik. Ini penting bagi kedayasaingan organisasi sama ada di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. ILHAAMIE ABDUL GHANI AZMI
Jabatan Syariah dan Pengurusan,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya