Tidak semestinya perlu minum lapan gelas air sehari - Utusan Malaysia

Tidak semestinya perlu minum lapan gelas air sehari

TANGGAPAN salah yang sering wujud adalah jika kurang minum, kita tidak kerap kencing. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KITA semua pernah mendengar nasihat supaya minum lapan gelas air sehari supaya kekal sihat. Adakah syor itu benar?

Berdasarkan beberapa perkongsian yang saya tonton dalam YouTube oleh beberapa pakar urologi, bilangan gelas itu tidak semestinya tepat kerana badan kita juga menyerap air daripada sumber lain termasuk makanan yang dimakan.

Satu lagi tanggapan salah yang sering dinyatakan adalah jika kurang minum, kita tidak kerap kencing.

Sebenarnya, minum air terlalu sedikit menjadikan air kencing kita sangat pekat. Air kencing pekat itu sebenarnya boleh bertindak seperti perengsa pundi kencing yang menyebabkan kita perlu lebih kerap membuang air kecil.

Dalam pada itu, pakar perubatan juga mengesyorkan kaum lelaki untuk mengambil 3.7 liter jumlah cecair daripada minuman dan makanan setiap hari, manakala kaum wanita dinasihatkan untuk mengambil 2.7 liter.

Tubuh kita melakukan kerja yang luar biasa untuk mengawal cecair dalam badan dan ia memberitahu bila kita perlu minum dengan memberi isyarat dahaga. Secara amnya, badan kita tidak memutuskan bahawa ia dahaga sehingga tubuh kehilangan kira-kira dua peratus daripada air dalam badan.

Dalam beberapa kes, kita perlu minum lebih banyak air, seperti jika kerap mendapat jangkitan saluran kencing. Dalam keadaan seperti ini, kita harus mengikut nasihat yang diberikan oleh doktor.

Walaupun meminum air secara mencukupi adalah penting bagi kesihatan dan melancarkan proses pemakanan secara keseluruhan tetapi kita harus sedar bahawa kadang-kadang jika minum terlalu banyak, ia boleh menurunkan kadar garam dalam badan.

Kekurangan garam akan menyebabkan terjadi hiponatremia yang menyebabkan penurunan kemampuan berfikir, sakit kepala dan mual. Gejala teruk termasuk kekeliruan, sawan dan koma. – UTUSAN

BAKOR LAMBOK
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya