Taman perumahan tidak seindah nama - Utusan Malaysia

Taman perumahan tidak seindah nama

SAMPAH yang dibuang di salah satu lokasi oleh penduduk di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan, Selangor. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA tinggal di sebuah taman yang sangat indah namanya, iaitu Taman Universiti Indah, Seri Kembangan, Selangor.

Justeru, sudah tentulah ramai yang menggambarkan landskap taman perumahan ini cantik, bersih dan dipelihara dengan sempurna oleh penduduk.

Namun begitu, setelah hampir 34 tahun tinggal di taman perumahan ini, sikap sebilangan penduduk di sini amat mengecewakan.

Sikap penduduk tidak pernah berubah iaitu suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat termasuk di simpang dan di tepi jalan.

Ini dibuktikan dengan gambar salah satu lokasi tempat pembuangan sampah oleh sebilangan penduduk yang degil dan berterusan dengan sikap tidak bertanggungjawab ini.

Sebagai sebuah negara yang penduduknya memperoleh sistem pendidikan terbaik, adalah amat mendukacitakan apabila ada sebilangan rakyat lebih mementingkan diri sendiri dan menganggap apa yang dilakukan itu akan diselesaikan oleh orang lain.

Bertepatan dengan kerajaan perpaduan yang menggunakan slogan Kita Boleh, sudah pasti sebagai rakyat yang beradab dan bersusila, kita boleh memulihara alam agar sentiasa bersih dan cantik. – UTUSAN

ZAINAL ABDUL KADIR, Seri Kembangan, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya