Sudah dua MB tapi isu air Seri Temenggung masih juga belum selesai

Sudah dua MB tapi isu air Seri Temenggung masih juga belum selesai

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Madani yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2024 memperuntukkan RM10 bilion dana Jaminan Kerajaan memanfaatkan sehingga 40,000 peminjam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEMBELI Pangsapuri Selangorku Seri Temenggung di Gombak, Selangor kecewa selepas terpaksa berdepan isu kelewatan penyerahan milikan kosong projek perumahan tersebut disebabkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) enggan memberi kerjasama kepada pemaju untuk proses pemasangan paip air.

Untuk makluman, projek perumahan ini bermula sejak 2015 dan sekarang bangunan dan infrastruktur telah 100 peratus siap pada tahun lepas.

Cuma yang menjadi permasalahan, projek sudah siap tetapi kemudahan tangki simpanan air dan paip air untuk disalurkan ke bangunan Sri Temenggung baru mula dijalankan.

Kami dimaklumkan, projek ini dibangunkan ketika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan Menteri Besar Selangor. Arahan untuk pembangunan projek perumahan ini adalah daripada beliau tanpa memikirkan status perkhidmatan air ketika itu.

Jadi, walaupun rumah sudah siap tetapi kami sebagai penduduk rasa tertipu setelah berdepan dengan masalah air.

Di pihak pemaju telah usahakan pelbagai cara untuk mempercepatkan proses menyiapkan kemudahan tangki dan paip air, cuma di pihak MPS dan Air Selangor seakan-akan lepas tanggungjawab untuk bekerjasama dalam urusan tersebut.

Kami sendiri tidak pasti apa masalah atau isu sehingga masalah ini berlarutan.

Baru baru ini, ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjadikan permasalahan Sri Temenggung dan Sri Bayu sebagai modal berkempen tetapi sampai sekarang hal ini tergantung sepi sedangkan beliau sudah menang di Gombak.

Tidak adillah bagi kami yang terpaksa membayar ansuran pembiayaan kepada bank dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) tetapi sehingga hari ini masih tidak dapat menduduki rumah tersebut.

Tarikh akhir untuk pemaju membuat serahan kunci kepada penduduk adalah akhir Ogos 2023. Namun, dengan isu yang berlaku, kemungkinan sehingga Ogos 2023 pun pemaju tidak dapat serahkan kunci kepada kami.-UTUSAN

SYAZWAN HASAN
Hulu Langat, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya