SAUDARA PENGARANG,
MAHASISWA Universiti Utara Malaysia (UUM) mencadangkan kerajaan menambah data dalam pakej perpaduan internet prabayar mudah alih dengan harga lebih rendah daripada harga semasa pasaran iaitu RM5 sebulan bermula Februari nanti.
Dalam sidang akhbar baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, data 30 gigabait (GB) itu untuk langganan yang akan dilaksana membabitkan kerjasama lima syarikat penyedia telekomunikasi iaitu Celcom-Digi, Maxis, Umobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications Sdn. Bhd. (YES).
Namun sebagai pelajar, kami dapati tawaran tersebut tidak menguntungkan sebaliknya jika dinaikkan kepada 35 GB keatas, ia lebih bermanfaat terutama bagi pencarian kerja-kerja tugasan dalam pengajian.
Malah penggunaan internet juga perlu untuk mereka terutama ketika menghadapi kelas dalam talian.
Data 35 GB itu pastinya dapat menampung penggunaan perkhidmatan aplikasi untuk berhubung dan panggilan video serta penggunaan aplikasi dalam talian bagi aktiviti harian seperti pembelian, penghantaran makanan dan tempahan, urusan perbankan, carian internet dan navigasi serta berita dan maklumat.
Secara umumnya, berbanding pakej sedia ada, ia menawarkan penjimatan tetapi kami berharap kerajaan akan mempertimbangkannya nanti.
Malah, cadangan untuk pakej 35 GB pastinya dapat membantu mahasiswa terutama menjimatkan perbelanjaan mereka ketika di kampus.
Dengan pinjaman itu, kami dapat gunakan wang untuk perbelanjaan lain antaranya pembelian keperluan harian ataupun pembelajaran.
Dalam pakej perpaduan yang merangkumi kerjasama lima syarikat penyedia telekomunikasi itu menawarkan harga RM30 dengan data 30GB untuk tempoh enam bulan yang khusus untuk belia, golongan B40, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan veteran.-UTUSAN
JASMINE YAP, K. MADHURI & AHMAD MUJAHID MUHAMAD ZAKI
Pelajar UUM