Penduduk bantah isu jajaran pemasangan paip air Pangsapuri Seri Temenggung - Utusan Malaysia

Penduduk bantah isu jajaran pemasangan paip air Pangsapuri Seri Temenggung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK aduan oleh Syazwan Hasan dalam ruangan ini bertajuk Sudah dua MB tapi isu air Seri Temenggung masih juga belum selesai yang diterbitkan pada 5 Disember lalu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ingin menjelaskan bahawa pihak kami tiada halangan untuk memberi kerjasama kepada pemaju bagi proses pemasangan paip air.

Untuk makluman, pihak MPS tiada halangan dalam memberi kelulusan bagi kerja-kerja proses pemasangan paip air di kawasan tersebut.

Kelewatan proses pemasangan paip itu bukan dari pihak MPS tetapi terdapat bantahan daripada penduduk di Taman Industri Bolton di Jalan 2/3 dan 2/6 berkaitan isu jajaran pemasangan tersebut melalui hadapan rumah mereka.

Oleh itu, satu perbincangan bersama persatuan penduduk telah diadakan oleh pihak pemaju dan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) yang bersetuju untuk menukar pelan jajaran baharu bagi pemasangan paip air yang tiak melalui Jalan 2/3 dan 2/6, Taman Industri Bolton.

Akhir sekali, adalah diharapkan dengan penjelasan ini dapat menjawab isu berkaitan punca kelewatan yang berlaku.

Terdahulu, artikel tersebut menyebut bahawa pembeli Pangsapuri Selangorku Seri Temenggung di Gombak, Selangor kecewa selepas terpaksa berdepan isu kelewatan penyerahan milikan kosong projek perumahan tersebut disebabkan MPS dan Air Selangor enggan memberi kerjasama kepada pemaju untuk proses pemasangan paip air.

Projek perumahan tersebut sudah bermula sejak 2015 dan sekarang bangunan dan infrastruktur telah 100 peratus siap pada tahun lepas.

Cuma yang menjadi permasalahan, projek sudah siap tetapi kemudahan tangki simpanan air dan paip air untuk disalurkan ke bangunan Seri Temenggung baru mula dijalankan. – UTUSAN

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya