Pantau, letak halangan dan kompaun elak buang sampah - Utusan Malaysia

Pantau, letak halangan dan kompaun elak buang sampah

PEKERJA pembersihan KDEB Waste Management membersihkan longgokan sampah di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan, Selangor pada 27 Disember lalu. – IHSAN MBSJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK kepada aduan Zainal Abdul Kadir dalam ruangan ini pada 27 Disember lalu bertajuk Taman perumahan tidak seindah nama yang kecewa dengan sikap penduduk Taman Universiti Indah, Seri Kembangan, Selangor yang suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat termasuk di simpang dan di tepi jalan.

Untuk makluman, hasil pemantauan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mendapati lokasi yang dilaporkan telah menjadi tempat pembuangan sampah longgok secara berleluasa oleh individu atau penduduk tidak bertanggungjawab.

Pihak kontraktor, KDEB Waste Management telah membuat pembersihan berulang kali bagi memastikan longgokan sampah ini tidak menjadi isu kacau ganggu kepada penduduk setempat di mana pembersihan terkini dilaksanakan pada hari siaran aduan oleh pengadu.

Selain itu, MBSJ juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana individu yang boleh dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat bukti kukuh dan boleh digunakan sebagai maklumat bagi mengeluarkan tindakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Bandaraya Subang Jaya) 2007.

Sebagai langkah kawalan, MBSJ juga akan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa dan meletakkan halangan bagi mengelakkan aktiviti pembuangan sampah longgok berulang di lokasi tersebut. – UTUSAN

AZFARIZAL ABDUL RASHID, Timbalan Pengarah Jabatan Korporat & Pengurusan Strategik, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya