Naik taraf lorong pejalan kaki Stesen LRT Wangsa Maju

Naik taraf lorong pejalan kaki Stesen LRT Wangsa Maju

LALUAN pejalan kaki di Stesen LRT Wangsa Maju perlu ditambah baik. – GAMBAR KIRIMAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

STESEN transit aliran ringan (LRT) Wangsa Maju merupakan antara stesen yang sibuk dan terletak di tengah-tengah kawasan perumahan antara Wangsa Maju dan Desa Setapak serta beberapa kawasan perumahan dalam radius dua kilometer. Juga tidak berapa jauh dari Masjid Usamah bin Zaid, iaitu salah satu masjid yang besar di kawasan berkenaan.

Walaupun kemudahan letak kenderaan ditambah di Stesen LRT Wangsa Maju tetapi ia masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan sebenar. Lantaran itu dapat dilihat ada pemandu yang meletak kenderaan di luar kawasan letak kereta disediakan disebabkan ruangan terhad.

Malah stesen berkenaan tidaklah jauh dari Wangsa Melawati. Jadi, kemungkinan ada pengguna LRT di kawasan ini lebih suka memilih untuk berjalan kaki ke stesen daripada menaiki bas atau kenderaan sendiri.

Bagaimanapun, laluan pejalan kaki terutama dari hujung jejantas dari arah Masjid Usamah bin Zaid ke stesen berkenaan tidak begitu baik keadaannya.

Laluan tersebut masih berumput dan tidak begitu selesa. Maka elok dinaik taraf keseluruhan laluan berkenaan dari jalan utama di hujung tangga jejantas sebelah hadapan masjid berkenaan menghala ke Stesen LRT Wangsa Maju yang jarak jajaran laluan kira-kira 400 meter sahaja. Adalah lebih elok jika dibina laluan berbumbung.

Pihak berkaitan sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) atau RapidKL sewajarnya menyediakan kemudahan-kemudahan yang ada hubungkait dengan pengoperasian LRT dan keselesaan penumpang. Ini juga salah satu cara menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam terutama LRT.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya