Malaysia perlu tenaga pendakwah profesional

Malaysia perlu tenaga pendakwah profesional

MOHD. NA’IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BAGI menggerakkan agenda islah (reformasi) yang dihasratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah pasti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar perlu memastikan perjalanan pentadbiran agama Islam di Malaysia menjadi lebih progresif, sederhana dan dihormati seluruh dunia.

Perlu juga wujud kesungguhan dan iltizam untuk mengangkat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke satu tahap yang lebih tinggi bagi membolehkannya memartabatkan Islam di peringkat global.
Kewujudan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mempunyai struktur yang lengkap dan menyeluruh juga mampu menterjemahkan semangat islah dengan lebih tersusun.

Jika ditelusuri sejarah kepimpinan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau telah berjaya meletakkan tapak bagi meninggikan syiar Islam iaitu pendekatan Islam Hadhari (Islam yang bertamadun) yang telah diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

Jika Islam Hadhari yang diperkukuhkan dengan pendekatan islah yang diasaskan oleh Anwar berjaya direalisasikan pasti akan membantu meningkatkan keyakinan dan sokongan dari seluruh umat Islam di Malaysia terhadap kerajaan.

Untuk melakukan reformasi terhadap Islam ini, kerajaan memerlukan tenaga pendakwah profesional yang berkebolehan serta mampu menanam nilai-nilai Islam dengan keterangkuman yang menyeluruh meliputi nilai hadhari, islah, sederhana serta menolak pemikiran yang ekstrem dan sesat.

Di samping itu juga, kerajaan juga perlu menstruktur semula agensi yang mengurus harta wakaf, harta peninggalan yang tidak dituntut, dana pelaburan Islam, dana pembangunan masjid dan institusi pendidikan supaya menjadi lebih lancar dan sistematik.

Kerajaan harus juga memberi tumpuan bagi mengurangkan isu masalah sosial disebabkan faktor pengabaian ibu bapa dan perceraian di dalam keluarga.-UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawa­ngan Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya