Kerjalah dalam satu pasukan wahai menteri baharu - Utusan Malaysia

Kerjalah dalam satu pasukan wahai menteri baharu

BARISAN Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan diharap dapat melaksanakann tugas secara berpasukan selain menghayati lima prinsip Rukun Negara. – INSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SELURUH rakyat yakin kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membawa kembali ekonomi Malaysia ke arah yang lebih disegani ekoran ketokohan beliau yang mampu membawa harapan baharu dalam agenda melawan dan membanteras amalan rasuah, nepotisme, salah guna kuasa serta kleptokrasi.

Senario ini terbukti dengan berita pelantikan beliau bukan sahaja tersebar ke seluruh dunia malah mendapat ucapan tahniah dan liputan meluas media massa antarabangsa yang menyaksikan perjuangan Anwar selama tiga dekad akhirnya berhasil.

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menjadi ketua negara pertama yang menghubungi Anwar dan mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Anwar, menerusi media sosial termasuk Twitter. Antaranya Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J. Blinken dalam ucapannya pula berkata, beliau teruja untuk hubungan yang lebih erat dengan Malaysia, berdasarkan prinsip demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang yang dikongsi bersama.

Pemimpin Buddha, Dalai Lama pula berkata, beliau juga telah mengirimkan surat ucapan tahniah kepada Anwar sambil berharap agar Malaysia terus makmur dan memberi sumbangan signifikan terhadap keamanan dunia.

Namun, kepimpinan beliau sahaja pastinya tidak akan berjaya sekiranya barisan Kabinet yang dilantik tidak mendapat sokongan parti gabungan yang menyokong beliau untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Ketika menunggu keputusan pengumuman Kabinet pada 2 Disember lalu, kita menyaksikan ringgit mengukuh ke angka 4.38, paras tertinggi yang dicatatkan sejak Jun tahun ini seperti yang dinyatakan Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Katanya, peningkatan ringgit ini disokong oleh sentimen lemah dolar Amerika Syarikat (AS), harapan tinggi pembukaan semula China dan keyakinan menjelang pengumuman Kabinet Malaysia.

Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan terdiri daripada 28 orang menteri sekali gus menunjukkan Anwar mengurangkan saiz Kabinet daripada 31 orang menteri sebelum ini.

Sesungguhnya pengalaman dan kelayakan adalah tonggak utama dalam membangunkan negara ini kerana bukan mudah untuk berdepan dengan semua pihak yang sentiasa mencari kesalahan dan ingin melihat kejatuhan. Tetapi dengan semangat yang kuat demi negara tercinta, maka pastinya apa yang dihajati akan makbul nanti.

Bekerjalah sebagai satu pasukan dan hayatilah Kabinet Perpaduan dengan menghayati lima Prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. – UTUSAN

MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya