Jangan terlalu ikut kehendak pemodal

Jangan terlalu ikut kehendak pemodal

KEADAAN banjir adalah serius kerana usaha menyelamat sukar dilakukan akibat cuaca buruk dan jalan ditenggelami air. – GAMBAR HIASAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DIUCAPKAN takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor dan banjir di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, baru-baru ini.

Bencana sedemikian sekali lagi mengingatkan kita betapa pentingnya untuk kerajaan bersedia menghadapi kesan krisis iklim di Malaysia yang semakin serius setiap tahun.

Tragedi Batang Kali membuktikan bahawa jika pembangunan tidak mampan diteruskan maka kejadian tanah runtuh akan berlaku apabila kekurangan liputan tumbuh-tumbuhan di lereng bukit dan tempat takungan air.

Selain itu, beberapa kawasan di Pantai Timur juga memerlukan lebih banyak perhatian daripada pihak kerajaan. Keadaan banjir adalah serius kerana usaha menyelamat sukar dilakukan akibat cuaca buruk dan jalan ditenggelami air.

Diharapkan kerajaan menjadikan tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan banjir yang sedang melanda beberapa negeri sekarang sebagai pengajaran untuk tidak mengutamakan kehendak golongan pemodal semata-mata.

Sistem ekonomi kapitalis dikuasai oleh golongan pemodal yang mempunyai wang yang hanya berlandaskan keuntungan tanpa menjaga alam sekitar dan kesejahteraan rakyat hanya akan menyebabkan rakyat marhaen merana.

Oleh itu, amat penting untuk kita menggubal dasar negara dan dasar ekonomi yang lebih mampan dan manusiawi demi kebaikan rakyat. Polisi yang digubal juga harus mengutamakan kelestarian alam sekitar bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berulang.

Kita perlukan sistem yang lebih telus dan demokratik untuk melibatkan organisasi masyarakat sivil, orang awam dan juga komuniti Orang Asli dalam proses pembangunan negeri.

Usaha ini bertujuan untuk mewujudkan mekanisme semak dan imbang supaya kerajaan negeri tidak akan meluluskan projek pembangunan yang memusnahkan alam sekitar.-UTUSAN

BIRO ALAM SEKITAR & KRISIS IKLIM (BASKI)
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya