Jangan jadi ibarat lebah, habis madu sepah dibuang

Jangan jadi ibarat lebah, habis madu sepah dibuang

KEPAKARAN atau kelebihan perlu dikongsi antara kakitangan supaya jika mereka meninggalkan organisasi, maka ia dapat dimanfaatkan oleh pekerja lain. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETERAMPILAN lunak (soft skills) penting dalam setiap organisasi sama ada awam, swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ia mencakupi kemahiran komunikasi lisan dan tulisan antara pekerja dan pegawai atasan. Kebolehan ini terkait kemahiran melapor terhadap kemajuan kerja bagi memenuhi keperluan pemegang taruh.

Jawapan yang diberi perlu tepat dan objektif, dapat memenuhi keperluan pegawai atasan dan tidak memerlukan keterangan pihak lain. Begitu juga kandungan fail perlu lengkap dengan semua maklumat diperlukan.

Setiap orang perlu mahir dengan tugasnya secara profesional dan menjadi pakar dalam bidangnya.

Penting bagi para petugas barisan hadapan sama ada di kaunter, pegawai perhubungan awam, pegawai teknikal, pegawai khidmat pelanggan untuk melayan sebarang pertanyaan daripada orang ramai dan khalayak sasaran organisasi lain secara jelas, tepat serta menyeluruh.

Sesebuah organisasi perlu menyediakan pelapis agar perkhidmatan tidak mudarat secara jangka pendek, sederhana atau panjang.

Menghargai pekerja yang memberikan komitmen baik bagi membantu menjayakan visi organisasi boleh dilakukan dengan mengucapkan terima kasih serta melalui pelbagai bentuk penghargaan seperti jamuan makan, sijil penghargaan dan sijil perkhidmatan cemerlang atau anugerah bersesuaian.

Perlu diingatkan agar tidak mengabaikan pegawai yang telah berkhidmat lama sebaliknya perlu dihargai walaupun sekadar memberikan sijil perkhidmatan bagi membeli jiwa agar mereka dapat memberikan sumbangan secara berterusan. Jangan jadi ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya