Jangan biar sejarah 22 bulan berulang

Jangan biar sejarah 22 bulan berulang

KERAJAAN perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu lebih peka dengan percaturan politik lawan memandangkan mereka semakin menawan hati orang Melayu. – UTUSAN/ AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MISI untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sudah tercapai memandangkan tiada dalam kalangan pemimpin lain yang layak untuk mengatasi kos sara hidup rakyat serta memulihkan ekonomi negara selain mengembalikan keyakinan pelabur asing.

Namun, gelombang kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Padang Serai dilihat semakin bersemarak, malah meyakinkan orang Melayu untuk terus tetap bersama menyokong PN.

Paling mengejutkan, Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasrudin yang digelar pengkhianat selepas didakwa antara orang kuat yang menyebabkan Kedah jatuh kepada PN menang majoriti cukup besar dengan 16,260 undi berbanding Pakatan Harapan (PH) semasa PRU14 dengan majoriti hanya 8,436 undi.

Di manakah silapnya percaturan politik jajaran baharu membabitkan PH dan Barisan Nasional (BN)? Adakah ini petanda awal protes terhadap BN/PH yang kini menjadi kerajaan di peringkat Pusat.

Mengapakah gabungan jajaran baharu PH/BN ini masih belum dapat diterima oleh akar umbi pengundi luar bandar? Bukan setakat itu sahaja, pembangkang dilihat lebih bijak mengatur strategi politik dengan cuba memanipulasikan isu di sebalik tuduhan ditujukan terhadap pemimpin idola mereka.

Oleh demikian, sekiranya tidak mahu berlaku lagi igaun ngeri PH yang mentadbir negara hanya selama 22 bulan, maka tindakan pantas perlu dilakukan sebelum pihak lain mengambil kesempatan atau peluang terhidang di sebalik kelompangan.

Selain itu, kerajaan perlu berjaga-jaga dan berwaspada kerana kemungkinan pihak lawan kurang senang terhadap pembentukan kerajaan perpaduan ini. Lebih-lebih lagi Anwar dilihat terlalu agresif membongkar kebusukan pemimpin kerajaan terdahulu.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya