Budaya pilih kasih punca emosi anak terganggu

Budaya pilih kasih punca emosi anak terganggu

SIKAP membandingkan antara adik-beradik pula boleh mencetuskan perasaan iri hati sehingga membawa kepada dendam. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AMALAN pilih kasih dalam sesebuah keluarga terutama ibu bapa akan memberi kesan yang buruk kepada setiap anak. Hampir 70 peratus ibu bapa mengakui mereka memberi layanan berbeza kepada anak- anaknya.

Anak yang kurang disayangi akan mengalami trauma psikologi menebal.

Trauma psikologi menebal bermaksud satu keadaan disebabkan oleh peristiwa buruk dan memberi kesan berpanjangan ke atas kesejahteraan seseorang. Anak-anak yang kurang disayangi akan merendah diri kerana merasakan terdapat kekurangan dalam diri sehingga menyebabkan mereka lebih suka menyendiri berbanding bergaul dengan adik-beradik.

Dalam situasi ini, mereka akan bertindak agresif dan mudah mengalirkan air mata. Hal ini kerana mereka berasa sedih dengan layanan ibu bapa terhadapnya, namun tidak dapat diluahkan secara terus.

Lama-kelamaan, amalan pilih kasih ini boleh meninggalkan kesan mendalam pada jiwa anak-anak.

Dalam beberapa situasi, terdapat anak-anak yang menginginkan perhatian lebih daripada ibu bapa terutama ketika musim peperiksaan kerana sokongan mereka penting untuk mencapai kejayaan cemerlang.

Sikap pengabaian ini menyebabkan anak tersebut berasa tertekan. Emosi tertekan akan membuatkan mereka terluka dan akan mengurangkan perkembangan otaknya. Keadaan ini secara tidak langsung mengganggu emosi sehingga menyebabkan mereka kurang fokus untuk mengulang kaji pelajaran dan akhirnya mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang ulang kaji. Kesannya, pencapaian anak-anak akan kurang memberangsangkan dan tidak mencapai sasaran diinginkan oleh sekolah.

Sikap membandingkan antara adik-beradik pula boleh mencetuskan perasaan iri hati sehingga membawa kepada dendam. Apabila dewasa, mereka akan membalas segala perkara yang berlaku sewaktu mereka kecil.

Sebagai contoh, anak ini akan mengabaikan ibu bapa kerana tingkah laku dan layanan yang diberikan pada masa lampau. Perkara ini adalah cerminan atas kelakuan ibu bapa itu sendiri. Bukan itu sahaja, hubungan sesama anak turut terjejas.

Kesimpulannya, sikap pilih kasih tidak seharusnya muncul dalam sesebuah institusi kekeluargaan kerana setiap anak adalah berbeza dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengawal keadaan supaya tidak kelihatan berat sebelah.

Menurut kajian oleh Bright Side, sikap pilih kasih dapat memecah-belahkan kerohanian sesebuah institusi keluarga. Oleh itu, sekiranya ingin mendorong anak supaya berjaya, gunalah pendekatan efektif dan tepat yang tidak menyinggung mana-mana pihak.-UTUSAN

NOOR NAZIHAH AZMAN
Fakulti Bahasa & Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya