Biar DNB terus laksana 5G

Biar DNB terus laksana 5G

DIHARAPKAN Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya di Pakatan Harapan (PH) tidak mengulangi amalan politik dendam bagi memadam legasi pemerintahan sebelumnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

INI adalah kali kedua Pakatan Harapan (PH) memegang tampuk pemerintahan negara. Terdapat begitu banyak kepincangan dan permasalahan dalam 22 bulan yang dianggap tempoh terburuk sebuah kerajaan ketika kali pertama mentadbir negara sebelum ini.

Antara masalah terbesar ketika itu adalah amalan politik dendam bagi memadam legasi pemerintahan sebelumnya, biarpun terdapat begitu banyak manfaat yang sedang atau bakal dinikmati rakyat.

Pembatalan Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) , penundaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3), penurunan taraf Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), pemendekan tempoh operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC), pembaziran penjenamaan semula program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menjadi Bantuan Sara Hidup (BSH) dan banyak lagi keputusan-keputusan yang tidak memberi manfaat kepada negara menyebabkan begitu banyak pembangunan dirancang terbantut.

Ini juga merencatkan peluang pelaburan baharu ke dalam negara kerana terdapat kebimbangan terdapat risiko sangat besar jika berlakunya perubahan kerajaan. Mengambil kira pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh kurang lima tahun, sudah pastilah keraguan mereka semakin hebat.

Justeru, suara-suara sumbang yang mahu pelaksanaan polisi dan projek terdahulu dihentikan tanpa alasan kuat mestilah dinafikan. Antara yang banyak dipersoalkan penyokong PH adalah keabsahan pelaksanaan spektrum jaringan telekomunikasi generasi kelima (5G) oleh Digital Nasional Berhad (DNB), syarikat milikan penuh Kementerian Kewangan dikatakan tidak melalui proses tender.

Selanjutnya, Ericsson yang dipilih selaku pembekal perkakasan tunggal telah melalui proses saringan ketat dan telus bersama pemain industri lain. Segala maklumat ini dibentangkan untuk ahli Parlimen. Jadi, kenapa perlu hentikan atau melambatkan proses pelaksanaan projek ini?

Melihat prestasi semasa DNB, kita sekarang berada pada landasan tepat untuk memastikan kesiapsiagaan infrastruktur komunikasi bagi memastikan pelabur memilih Malaysia berbanding negara serantau lain.

Ini dibuktikan dengan kelajuan muat turun dan muat naik menggunakan 5G di Malaysia kini dalam kelompok dua terbaik dunia. Penyedia perkhidmatan rangkaian sudah bersetuju dengan modus operandi Model Rangkaian Keseluruhan Tunggal (SWN) melalui DNB. Maka, untuk apa kita hentikan pelaksanaan polisi yang tidak bermasalah ini, malah memberikan begitu banyak manfaat?

Biarpun terdapat desakan hebat daripada pelbagai pihak, kawan mahupun lawan, diharapkan keputusan mengekalkan DNB dalam pelaksanaan 5G diteruskan. -UTUSAN
DJAAFAR S
Jurutera komunikasi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya