Bantuan Awal Persekolahan legakan ibu bapa

Bantuan Awal Persekolahan legakan ibu bapa

BANTUAN Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 mulai Januari depan melegakan ibu bapa dalam berhadapan kesukaran sosioekonomi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAHNIAH dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 mulai tahun depan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Ini membuktikan beliau peka dengan keadaan ekonomi rakyat apabila dinaikkan kepada RM150 mulai Januari ini kepada semua pelajar tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, peruntukan BAP itu dikreditkan ke akaun sekolah dan akan diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid.

Kementerian Pendidikan menerusi ciapan di Twitter menyatakan, sekolah diminta mengagihkan wang itu kepada murid sebaik sahaja menerima peruntukan tersebut. Malah, tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerima BAP.

Dengan mengambil kira faktor cuaca dan harga barang keperluan harian yang semakin meningkat, sudah tentu bantuan persekolahan tersebut menggembirakan ibu bapa untuk menyiapkan persekolahan anak-anak.

Semoga ibu bapa dapat menggunakan bantuan persekolahan tersebut dengan sewajarnya. Berikanlah keutamaan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak seperti mana dihasratkan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, mungkin ada dalam ibu bapa berpendapatan tinggi dan berkemampuan dari segi kewangan turut menerima bantuan tersebut. Jadi, mengapa tidak mereka menyumbangkan wang bantuan tersebut kepada tabung persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah?

Secara tidak langsung, kewangan PIBG semakin kukuh untuk menjalankan program bagi membantu pihak sekolah.-UTUSAN

PENJAGA OTAI
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya