Transaksi tanpa tunai sepenuhnya di Puspakom - Utusan Malaysia

Transaksi tanpa tunai sepenuhnya di Puspakom

TRANSAKSI tunai tidak lagi diterima di semua 54 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara bermula 1 Januari depan. – FACEBOOK PUSPAKOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PELAKSANAAN peralihan kepada pembayaran tanpa tunai untuk semua transaksi di 54 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara akan bermula 1 Januari ini.

Bermula tarikh tersebut, transaksi tunai tidak lagi diterima untuk ketiga-tiga perkhidmatan iaitu pemeriksaan kenderaan, pembaharuan insurans dan pembaharuan cukai jalan.

Bagaimanapun, transaksi Perkhidmatan Unit Bergerak Puspakom di beberapa lokasi terpencil kekal menerima bayaran tunai buat masa ini. Peralihan kepada transaksi tanpa tunai akan mengurangkan waktu urusan di kaunter seterusnya menjadi lebih cekap, telus dan selamat.

Selain kad kredit dan kad debit, pembayaran secara dompet elektronik (QR Pay atau e-wallet) juga digalakkan. Walaupun transaksi tanpa tunai dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari depan, pelanggan digalakkan melakukannya bermula sekarang.

Dalam pada itu, mulai 1 Disember ini, pelanggan yang memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan di kaunter Puspakom boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk menyelesaikan pembayaran mereka.

Pada waktu ini, transaksi insurans dan cukai jalan di Puspakom hanya menerima tunai atau dompet elektronik.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Puspakom di talian 03-51017000 atau sembang langsung di www.puspakom.com.my atau mengikuti Facebook rasmi Puspakom. – UTUSAN

PUSPAKOM SDN. BHD., Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya