Tidak guna berdebat, baik bantu rakyat

Tidak guna berdebat, baik bantu rakyat

LANGKAH berdebat antara Ismail Sabri dan Anwar tidak mendatangkan apa-apa hasil dan hanya menjadi sekadar platform antara pendebat terlibat untuk menaburkan janji-janji mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

CADANGAN debat antara calon Perdana Menteri ketika pilihan raya umum (PRU) seperti dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak berfaedah sebaliknya jauh lebih baik sekiranya mereka turun padang membantu rakyat.

Anwar mencadangkan tiga calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan debat secara terbuka sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jadi, pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa debat bukan budaya negara ini dan tidak pernah dilakukan sepanjang pilihan raya berlangsung amat tepat.

Bahkan langkah berdebat seumpama itu tidak mendatangkan apa-apa hasil dan hanya menjadi sekadar platform antara pendebat terlibat untuk menaburkan janji-janji mereka.

Saya sebenarnya merupakan orang UMNO dan akan berpandangan sama dengan Perdana Menteri, iaitu tidak bersetuju dengan cadangan ini. Sedangkan jika pemimpin UMNO mahu berdebat sesama sendiri pun saya tidak bersetuju tetapi jika parti lain mahu lakukan (debat), itu terpulang kepada mereka.

UMNO tidak perlu melayan permintaan atau pelawaan debat tersebut sebaliknya fokus kepada kerja-kerja membantu rakyat.

Anwar dilihat terus mendesak Ismail Sabri dengan mempertikaikan tindakan itu apabila merujuk Parlimen sebagai tempat berbahas selain sekolah mahupun universiti yang berjaya menganjurkan pemikiran kritis, pemikiran kreatif yang membolehkan perbahasan. -UTUSAN

MOHD. YATIM OTHMAN
Segamat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya