Sistem pelajaran yang boleh menjadikan pelajar matang awal - Utusan Malaysia

Sistem pelajaran yang boleh menjadikan pelajar matang awal

SISTEM pendidikan negara perlu dikaji bagi mematangkan pelajar lebih awal, supaya dapat membantu memilih peneraju kerajaan yang berwibawa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENURUT laporan, hampir 1.4 juta pengundi yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini merupakan pengundi bawah 20 tahun atau Undi18 yang pertama kali mengundi.

Ia adalah satu jumlah yang besar dan boleh menjadi penentu kemenangan kepada parti-parti politik dan calon-calon yang bertanding dalam PRU. Namun, adakah sistem pendidikan negara mencukupi untuk menyediakan pelajar-pelajar ‘keluar’ ke dunia dan terus menjadi pengundi yang menentukan hala tuju negara.

Tidak dinafikan ada ramai anak muda yang faham dengan apa yang mereka lakukan pada hari mengundi tetapi masih ramai yang tidak berapa faham tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi.

Sedangkan masih ramai warga emas yang telah mengundi berkali-kali juga tidak faham kenapa ada calon Parlimen dan kenapa ada calon Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ramai anak-anak muda yang berumur 18 dan 19 amat seronok melalui waktu berkempen selama dua minggu dengan suasana yang meriah dengan bendera-bendera berwarna-warni memenuhi tepi-tepi jalan.

Mereka adalah pilihan utama untuk direkrut sebagai jentera untuk memasang bendera dan juga kain-kain rentang setiap malam. Lebih-lebih lagi mendapat sedikit upah selepas selesai tugas yang biasanya diberi setiap malam. Malah, mereka boleh mendapat upah dari beberapa wakil calon.

Pun begitu, adakah anak-anak muda ini memahami keadaan dan suasana politik negara, idealogi dan perjuangan yang dibawa oleh setiap parti yang bertanding, siapa dan apa kebolehan calon-calon yang bertanding dalam menyumbang kepada kemakmuran negara? Atau mereka mengundi seperti mana mereka mengundi peserta Akademi Fantasia, berdasarkan calon yang kacak atau cantik.

Maka sistem pendidikan negara perlu dikaji, bagi mematangkan pelajar-pelajar lebih awal, supaya dapat membantu memilih peneraju kerajaan yang berwibawa dan berkemampuan mentadbir demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. – UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Parti Pejuang Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya