Nilai mata wang bukan satu-satunya ukuran - Utusan Malaysia

Nilai mata wang bukan satu-satunya ukuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, terdapat banyak berita berkaitan penurunan nilai mata wang ringgit. Ramai rakyat berasa bimbang tentang isu ini. Namun, bolehkah nilai mata wang dijadikan ukuran ekonomi? Jawapannya, tidak.

Ketika negara kita baharu memperoleh kemerdekaan daripada Britain, satu pound boleh ditukar dengan RM8.57 tetapi kini hanya RM5.46. Adakah itu sebagai kegagalan ekonomi negara itu yang menyebabkan nilai mata wang pound menyusut?

Sebenarnya, nilai mata wang tidak begitu penting. Perkara penting ialah kecairan mata wang. Sama seperti dolar Amerika Syarikat (AS$), walaupun ia bukan mata wang paling bernilai di dunia, ia adalah mata wang paling cair di dunia kerana negara-negara di seluruh dunia menggunakan AS$ sebagai medium pertukaran.

Penurunan nilai mata wang juga membawa manfaat kerana ia boleh memperkembangkan sektor pelancongan dan sektor eksport. Ketika bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyandang jawatan tersebut, beliau menurunkan nilai mata wang yen secara aktif untuk memacu sektor pelancongan negara itu.

Sebagai contoh mudah bagi memahami keadaan ini adalah apabila ingin membeli barangan dari luar negara atau melancong ke negara lain. Sebagai seorang yang bijak, anda mestilah memilih negara yang mempunyai nilai wang lebih rendah.

Ini kerana anda dapat menukar duit negara tersebut dengan lebih banyak dan kuasa membeli akan meningkat. Oleh itu, penurunan ringgit bukan disebabkan kegagalan kerajaan.

Andai kata ingin meningkatkan nilai ringgit, itu adalah satu hal semudah bersiul. Ia sama seperti dibuat Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika krisis kewangan Asia 1997 dengan menambat ringgit.

Bertindak sedemikian pada masa ekonomi stabil akan mengurangkan daya saing negara kita. – UTUSAN

TEO WEI HONG, Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya