Mahu lebih ramai pemimpin berani macam KJ - Utusan Malaysia

Mahu lebih ramai pemimpin berani macam KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KENAPAKAH ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ramai pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi luar bandar atau separa pedalaman manakala pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) di bandar?

Tradisi ini berlarutan sejak sekian lama sehingga apabila Khairy Jamaluddin diletakkan di kerusi Parlimen Sungai Buloh di kawasan bandar. Ada yang berpendapat Menteri Kesihatan tersebut dihantar ke situ untuk dikorbankan karier politiknya.

Dalam PRU15, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bera. Ini semua adalah kerusi bukan bandar.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Tambun yang terletak bersebelahan bandar raya Ipoh dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di Seremban.

Sebab itu saya kagum dengan keberanian Khairy yang sanggup berpindah bertanding di Sungai Buloh yang terletak di pinggiran Kuala Lumpur. Tetapi apakah pentingnya di kawasan mana pemimpin atasan politik bertanding?

Ia penting kerana akan memberi kesan langsung ke atas dasar kerajaan dan kecenderungan politik yang boleh memberi impak besar kepada masa depan negara kita.

Sudah sampai masanya pemimpin politik atasan keluar dari zon selesa mereka. Sebagai permulaan, BN boleh mula meletakkan lebih ramai pemimpin peringkat pertengahan di kerusi bandar manakala PH melakukan perkara sama di luar bandar.

Mereka boleh bermula seawal tahun depan apabila beberapa pilihan raya negeri (PRN) berlangsung. Inilah cara kita kecapi pembangunan lebih holistik dan meredakan suhu panas politik yang telah lama mengheret negara ini ke kancah tidak stabil. – UTUSAN

ZULKIFLI MOHD. SALLEH, Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya