Larang telefon pintar di bilik pengundian - Utusan Malaysia

Larang telefon pintar di bilik pengundian

PERLU segera dikuatkuasakan perintah larangan membawa masuk telefon pintar ke dalam bilik mengundi. – GAMBAR HIASAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENJELANG proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini, saya mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar segera menguatkuasakan perintah larangan kepada pengundi membawa telefon pintar ke dalam bilik mengundi.

Pada 16 Mac lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Mas Ermieyati Samsuddin berkata, kerajaan tidak akan menghalang pengundi untuk membawa telefon pintar ketika proses pengundi dijalankan kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian setakat ini.

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 hanya melarang membawa keluar kertas undi dari bilik mengundi iaitu satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara serta denda.

Bagi saya, larangan itu penting bagi mengelak penyalahgunaan telefon pintar yang boleh digunakan bagi menjual undi untuk mendapatkan ‘wang kotor’ daripada mana-mana pihak.

Dalam beberapa kejadian sebelum ini termasuk semasa Pilihan Raya Negeri (PRN), ada pengundi mengambil gambar bukti pangkah dan menunjukkan kepada pihak tertentu untuk menuntut bayaran sebagai upah kerana mengundi sesebuah parti.

Aktiviti tidak bermoral ini bukan sahaja salah dari segi etika malah menjejaskan kewibawaan proses demokrasi yang adil dan telus kepada semua pihak.

Oleh demikian, saya berharap desakan ini dapat didengar dan dipertimbangkan oleh SPR dan suatu perintah larangan khusus dapat dikeluar dan dilaksanakan.

Masa masih ada dan belum terlambat. SPR sebagai badan bebas yang menyelia proses demokrasi harus tegas dan mestilah bertindak dengan betul demi melindungi prinsip undi itu rahsia. – UTUSAN

CALON GTA/PEJUANG SRI GADING, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya