Haramkan kartel penyebab harga makanan naik - Utusan Malaysia

Haramkan kartel penyebab harga makanan naik

SUDAH sampai masanya pertanian secara kecil-kecilan ditukar kepada perladangan berkonsepkan estet.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEBELAKANGAN ini, isu mencapai keselamatan makanan menjadi topik penting di peringkat ekonomi global. Isu ini menjadi fokus kerana kesan pandemik Covid-19, peperangan Russia-Ukraine dan beberapa faktor lain telah memutuskan rantaian bekalan makanan di serata dunia.

Terdapat pelbagai sebab isu ini timbul termasuk peningkatan harga makanan yang tinggi di peringkat global. Ini menyebabkan ramai penduduk berpendapatan rendah tidak dapat menikmati kuantiti dan kualiti makanan yang cukup.

Ia juga berpunca kerana kekurangan pengeluaran dan peningkatan permintaan makanan di peringkat ekonomi global kerana bilangan penduduk bertambah.

Malaysia adalah antara negara-negara yang memberi fokus kepada peningkatan keselamatan makanan ini. Sebahagian daripada isu ini telah diselesaikan apabila kerajaan melaksanakan belanjawan mengembang dalam beberapa tahun kebelakangan demi untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

Selain itu, subsidi-subsidi penting bagi mengawal inflasi dan harga-harga makanan masih diteruskan. Dalam pada itu, beberapa langkah untuk menjamin keselamatan makanan perlu diteruskan.

Antaranya ialah melaksanakan polisi pengawalan harga yang tegas untuk membanteras sebarang kenaikan harga makanan yang tidak munasabah.

Pada masa sama, kartel-kartel yang mengenakan harga tinggi dan tidak wajar kepada pengguna perlu diharamkan. Langkah-langkah untuk membasmikan kemiskinan tegar mestilah diteruskan dengan menaikkan tingkat pendapatan.

Pendekatan-pendekatan untuk membangunkan sektor pertanian perlu disemak semula dengan penekanan diberikan kepada usaha mempelbagaikan pengeluaran pertanian dan memaksimumkan penggunaan sumber dengan meningkatkan penggunaan teknologi moden.

Penekanan serta perbelanjaan ke atas aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga patut diberikan.

Mungkin perladangan secara konsep estet dalam bidang-bidang tertentu boleh digalakkan bagi mencapai ekonomi skala dengan cara meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos. – UTUSAN

NASARUDDIN ARSHAD, Bekas pensyarah ekonomi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya